012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Anak Dan Cucu

>> 30.6.08

Hari Sabtu dan Ahad semua anak ada di rumah, kecuali Anas. Aku pun tak sempat ke kebun. Gambar atas, Naufal baru lepas menangis. Sekarang dah fasih berjalan. Sedang belajar nak bercakap.

Malam tadi, Ahad malam Isnin, kali pertama Nasrul tinggal bersama kami. Adiknya balik bersama ayah dan ibu. Minggu depan, Fathul pula bersama kami dan Nasrul balik bersama ayah dan ibu. Begitulah bergilir-gilir hingga ibu mereka siap menulis tesis MSc yang sudah berkali-kali tertangguh.

Bawah: Gambar Nasrul yang dirakam pagi tadi.

AlbumKeluarga

Read more...

Jadual Pertanian (Siri 1)

>> 26.6.08

Dalam bidang pertanian, ada banyak perkara yang patut dirujuk kepada jadual tertentu. Sebagai contoh, tarikh menanam sesuatu jenis pokok, penggunaan hormon dan racun kulat, perancangan untuk pembuahan dan pemanisan rasa buah, lebih bergantung kepada tarikh atau minggu dalam bulan tertentu.

Ada orang menggunakan jadual waktu solat tahunan dan ada juga yang mengikut jadual unsur-unsur yang empat. Saya sendiri menggunakan Jadual Pergerakan Matahari Tahunan semasa menanam pokok-pokok tertentu, terutama pokok-pokok temperate.

Jadual Pergerakan Matahari Tahunan yang saya gunakan adalah sebagai berikut:

Jadual ini disiarkan juga dalam:
1. Pertanian Pokok Temperate
2. Pengurusan Pohon Anggur

(Bersambung ke Siri 2)

Read more...

Buah Kemudian Pokok

>> 25.6.08

Antara buahan yang saya tak pernah jumpa di pasar malam, tetapi jarang jumpa di pasar raya, ialah buah plout. Rasany enak dan harganya, masya ALLAH, cukup mahal.

Saya suka memakan buahnya. Kemudian, saya semai bijinya. Bila dah hidup, saya bergurau dengan isteri: Inilah pokok yang telah dimakan buahnya sebelum ia berbuah. Hmm!!!

Gambar Anak Pokok Plout

AlbumKPT

Read more...

Kereta Tertua

>> 23.6.08

Semalam cerita mengenai kereta pertama. Kereta Escort GT 1.3. Gambar bawah ini pula, ialah kereta yang paling lama dan belum jadi mangsa jual atau trade-in. Mazda 1.8, dibeli dalam tahun 1980. Keadaannya sampai sekarang masih baik. Boleh digunakan ke mana sahaja di Semenanjung ini. Minyak, memang jimat. Kelajuan, di highway plus boleh sampai 140km/j. Nasib baik tak kena saman.

Jika diperhatikan dengan teliti, di hadapan mazda itu ialah kereta kembara. Dibeli dalam tahun 2000. Pasal minyak, mencurah-curah macam bocor. Sejak harga petrol naik, ia digunakan di sekitar kawasan terdekat sahaja.

AlbumPeribadi

Read more...

Kereta Pertama

>> 22.6.08

Semasa muda dulu aku bercita-cita hendak memiliki motosikal Vespa baru. Bila rezeki banyak nak beli kereta Mini-Minor second. Itulah cita-cita semasa kecil, semasa sekolah.

Balik dari Mesir, dengan ijazah Sarjana, dapatlah beli Vespa second. Harga RM800/. Terfikirlah, oooo inilah sahaja kemampuan yang ALLAH kurniakan. AlhamdulilLAH.

Akhir 1976, saleman kereta datang ke pejabat tanya nak beli kereta baru ke? Down payment tak banyak, RM1,000/ sahaja. Saya jawab, "tak usahlah permainkan saya". "Betul. Bukan tipu dan bukan bergurau". Akhirnya, serta merta aku membuat tempahan dan terus bayar RM1,000/. Bila sampai di rumah, isteri kata "abang bergurau hebat hari ni? Ada apa-apa ke?"

Tiga hari kemudian, kereta dihantar ke rumah. Betul kereta. Aku macam bermimpi. Entah bagaimana taukeh kereta tu boleh terima dengan downpayment hanya RM1,000/.

Gambar bawah: Itulah gambar kereta pertama dalam hidupku. Gambar dirakam dalam tahun 1977.

AlbumPeribadi

Read more...

Mencangkok Pokok Zaitun

>> 21.6.08

Antara makanan yang ku minati ialah jeruk buah zaitun. Lebih-lebih lagi jeruk buah zaitun hitam. Kegemaran ini bermula semasa belajar di Mesir.

Petang tadi aku ke kebun seperti biasa. Antara kerja yang ku buat ialah mencangkok pokok zaitun yang masih dalam pasu. Gambar atas: Pokok zaitu sebelum dicangkok. Gambar bawah: Pokok yang telah dicangkok.

AlbumKPT

Read more...

YM Dengan Student Di Kaherah

>> 20.6.08

Pagi tadi YM dengan seorang student Pahang di Mesir. Katanya sedang belajar bidang bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.

Ini membuatkan saya merindui Mesir secara tiba-tiba. Malah, merindui England juga. Dah lama saya tinggalkan negera-negara tersebut. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu.

Gambar atas: Kami sempat bergambar dengan Profesor Dr. Ibrahim Abdul Hamid di hadapan Fakulti Shari'ah Wal-Qanun, Universiti Al-Azhar. Beliau menjadi profesor perhubungan antara-bangsa sejak 1947. Saya berbaju batik lengan pendek pada 14 Mei 1973.

Gambar ini: Saya sedang berlagak sebagai penunggang unta di hadapan piramid, pada 29 Januari 1975. Pada 23 Mac 1975, saya bergerak balik ke kampung.

AlbumPeribadi

Read more...

Antara Gambar Mencetus Kenangan

Antara gambar yang amat bermakna dalam hidupku ialah gambar bersama para peserta kursus keusahawanan kakitangan Felcra Malaysia. Kursus tersebut berlangsung pada 7 - 9 Oktober 1996 di Tebing Tinggi. Aku dan guruku, Drs. Hammad Dato' Ghazali , sebagai jurulatih atau penceramah.

Ia bermakna bukan mengenai kursus itu sahaja. Tetapi, bila aku menatap gambar tersebut maka aku terkenang peristiwa semasa aku dalam perjalanan ke sana. Apa peristiwa itu? Hmmm, kenangan tak boleh dinukilkan.

AlbumPeribadi

Read more...

Pacat Atau Lintah

>> 19.6.08

Tengahari tadi ke kebun meracun rumput. Oleh kerena rumput tak terlalu tinggi dan tebal (gambar atas), seperti biasa aku tanggalkan kasut dan pakai selipar jepun. Singsing kaki seluar hingga ke paras betis. Tujuannya, beri peluang kepada pacat atau lintah mendapat sedikit rezeki untuk membiak. AlhamdulilLAH, lepas meracun berehat sekejap untuk solat 'asar. Tengok kat kaki memang ada bekas lintah atau pacat mendapat rezeki (gambar bawah).


Benarkah, lintah atau pacat hanya menyedut darah kotor sahaja?

AlbumPeribadi

Read more...

Aktiviti Petang Tadi

>> 17.6.08

Petang tadi ke kebun di Jeram. Antara aktiviti yang dibuat (Klik rangkaian: Pertanian Pokok Temperate dan Pokok Apple Dan Pear) ialah isteri menanam pokok inai dan aku membuat jebak. Tengoklah gambar ni:


Gambar bawah: Jebak yang separuh siap. Di belakang jebak ialah kolam yang mengandungi ikan-ikan keli, puyu dan sepat.

Jebak ini kalau dalam kolam boleh dapat ikan. Kalau atas darat boleh dapat burung. Dalam kebun banyak merbah. Di luar kebun banyak burung ruwak atau wak-wak. Tak jauh dari Jeram ada pejabat margastua.

AlbumPeribadi

Read more...

Gambar Bacaan Minggu Ini

>> 16.6.08

Aku membaca pelbagai bahan, termasuk gambar. Membaca gambar di bawah ini cukup menyeronokkan. Kalau secara sambilan, mungkin seminggu pun tak habis.

Sumber: www.territorycellars.com

Read more...

Fawzan Berjaya Lagi

>> 14.6.08

Tiga hari lepas terima panggilan dari Fawzan. Katanya, dia dan kumpulannya memenangi peraduan forum. Kumpulan terbaik dapat setiap seorang RM150. Dia juga memenangi hadiah peserta forum terbaik. Hadiahnya RM100. Jumlahnya RM250/.

Kumpulannya akan bertanding lagi di Johor pada 11 - 14 Julai.
15 Julai balik; dan 17 Julai ke Tokyo hingga 28 Julai menyertai pertandingan syarahan antara-bangsa dalam bahasa Jepun.

Syukur!

Read more...

Projek Besar Di Sabah

>> 13.6.08

Pada 10 Jun 2008, kenalan baik (bekas MP-PKR) saya datang ke rumah bersama seorang perancang bandar dan seorang Datuk (timbalan ketua pengarah sebuah jabatan).

Mereka datang untuk berbincang mengenai suatu projek pertanian pokok-pokok temperate di Sabah. Pemiliknya: Seorang Datuk MP-BN. Keluasan tapak: 200 ekar. Peruntukan: RM25 juta.

Mereka mohon kerjasama saya untuk menasihatkan mereka tentang kertas projek dan menjadi perunding projek dalam bidang pokok-pokok temperate.

Setelah berbincang, rumusannya:

1. Pemilik projek akan di bawa menemui saya dalam masa terdekat.
2. Saya akan dibawa melihat tapak projek dan membuat sedikit kajian.
3. Saya minta mereka memberi sedikit masa untuk berfikir sama ada bersetuju atau sebaliknya.

Maklumlah, dah pencen. Tak berapa larat nak kerja.

Read more...

Mengunjungi Bloger AR RISALAH

>> 11.6.08

Jam 4.42 petang, sampai ke rumah AR RISALAH. Sejak tahun 1970an lagi saya mengikuti tulisan beliau dalam akhbar dan majalah. Masa tu saya juga ingin jadi penulis, tapi tak berpeluang belajar menulis.

Dalam tahun 2008, saya selalu melayari AR RISALAH, tapi tak tahu pemiliknya. Hingga suatu ketika beliau meninggalkan catatan dalam ruangan comments barulah saya sedar AR RISALAH adalah penulis yang saya minati.

Di rumah AR RISALAH, kami berbual dan bertukar fikiran. Asyik benar saya mendengar pengalaman beliau dalam bidang penulisan. Justeru, saya bertanya: Sudahkah dikumpulkan karya-karya beliau yang begitu banyak ke dalam kompilasi bercetak?

Gambar: Berbaju merah ialah AR RISALAH. Orangnya peramah dan awet muda. Mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan risalah perjuangan. Kami bersurai jam 5.57 petang.

AlbumPeribadi

Read more...

Rancangan Nak Menemui Bloger

>> 9.6.08

Besok atau lusa, atau dalam minggu ini, saya bercadang hendak menemui dan berkenalan dengan seorang lagi penulis blog. Semasa muda dulu, saya selalu membaca penulisan beliau dalam akhbar dan majalah. Nombor kontek beliau dah diberikan. Saya perhatikan, beliau update blog setiap hari dan masanya antara pukul 4.00 - 5.30 petang.

Semoga terlaksana!

Read more...

Bertemu Penulis Blog Terkenal

>> 8.6.08

Jam 12.57 Mat Saman Kati sampai depan MCKK. Setelah berkenalan (masing-masing memperkenalkan nama sebenar) kami (termasuk isteri) beredar ke tempat minum. Sampai di sana jam 1.03. Sedang kami berbual isteri Mat Saman Kati turut serta. Kami berbincang dan bertukar fikiran hingga jam 2.57 sebelum bersurai.

Gambar: Berbaju putih ialah MSK. Orangnya peramah dan ceria. Fikirannya tidak mampu menyembunyikan keluasan pengalamannya dalam perjuangan. Janggutnya mengingatkan saya beberapa ceramah al-marhum TG Hj. Mat Saman Kati mengenai sunnah menyimpan janggut. Banyak lagi yang saya dapati pada dan daripada beliau.

AlbumPeribadi

Read more...

Hantar Anas Ke MCKK

Tepat 9.00 pagi bergerak dari rumah. Sampai MCKK jam 12.03 tengahari. Setelah hantar Anas ke asrama, parking kereta di tepi jalan, hadapan bangunan MCKK, menunggu penulis blog terkenal
MAT SAMAN KATI.

Kali kedua menggunakan kereta bertuah (beli tahun 1980) ke MCKK.

AlbumPeribadi

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP