Doa Berkebun:
فلينظر الانسان ٳلى طعامه
ٲنا صببنا الماء صبا
ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم
آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم
آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)
Air Asam Jawa Campur Belacan
>> 28.9.08
Isteri dan anak-anak cukup berselera dengan menu itu. Tapi, aku hanya nasi putih, ikan kembung goreng dan penyicah air asam jawa campur belacan. Itu saja. Itu pun bertambah. Cepat-cepat berhenti. Takut kekenyangan. Cadang nak berjaga malam ni.
Petang besok, kali terakhir berbuka. Menu apa belum tahu. Lusa, kami berhari raya. Balik kampung jumpa ayah dan makcik. Rabu, balik kampung lagi. Berkumpul adik-beradik dan ziarah keluarga sebelah almarhumah ibu dan adik-beradik sebelah isteri. Khamis barulah beraya di rumah sendiri. Ziarah beberapa orang di sini. Lepas tu, tunggu green-light dari besan.
Itulah saja makro-jadual raya tahun ini.
Read more...
Keletah Naufal Malam Ini
>> 27.9.08
Read more...
Anak Cucu Semua Ada
Anis, Lily dan Naufal sampai tengahari tadi. Jadi, semua anak, menantu dan cucuk berkumpul semasa berbuka petang tadi. Walaupun makanan yang disediakan sederhana sahaja tapi kami seronok dan berselera makan. Hampir semua makanan licin. Kalau ada kuih (tadi, tak ada kuih) mungkin licin juga.
Insya ALLAH, dengan berkat berpuasa, kami akan terus hidup secara sederhana. Tidak akan mengada-ngada dan tidak akan membazir.
Read more...
Perhimpunan Pra Raya
>> 26.9.08
Menu makan selepas berbuka sederhana dan biasa sahaja. Nasi putih, ikan gelama kari, ikan kembung goreng dan sawi tumis. Semua berselera makan. Habis juga seperiuk nasi. Seronok makan secara beramai ni.
Farid, Nani dan Nasrul akan bertolak ke Kelantan malam ini. Atok lelaki Nani kembali ke rahmatuLLAH petang tadi. Khabarnya, lepas maghrib akan disemadikan. Inna lilLAH..
Kami tak ada persiapan hari raya seperti kebanyakan orang Melayu. Anak-anak dah dilatih supaya hidup sederhana dan berpada dengan apa yang ada. Usah mengemis duit raya dari orang lain. Sedara-mara memang biasa memberi wang untuk anak-cucu. Pemberian dilakukan bukan kerana hariraya. Pemberian sebagai sumbangan kepada keluarga. Saya sendiri dapat hadiah yang berbagai-bagai. Dari adik-adik dan anak sedara.
Read more...
Persiapan Raya
>> 25.9.08
Sebelum keluar TESCO, beberapa kali isteri nak belikan baju. Tapi aku tak mau. Sebab baju-baju yang dibeli dalam tahun-tahun 2000 - 2001 masih ada dan boleh dipakai. Walaupun dah lusuh tetapi masih ok, tak ada yang koyak. Sehari kemudian, adik datang ke rumah dan menghadiahkan sehelai baju Melayu. Tak terima, tak patut. Ini hadiah. Nampaknya berpakaian barulah raya tahun ini. Malu rasanya terhadap ALLAH berpakaian baru di hariraya. Sebab, hariraya adalah milik orang faqir dan miskin (عيد الفقراء والمساكين). Baju baru yang dihadiahkan ini adalah kes istimewa.
Hariraya tahun ini sama seperti raya tahun-tahun lepas dan sama dengan hari-hari biasa. Tiada persiapan istimewa kerana raya. Apa yang ada hanya biasa. Aku tetap menghormati hariraya sebagai hariraya untuk faqir dan miskin.
Sama juga tiada persiapan duit raya untuk kanak-kanak. Mereka tidak patut dididik berziarah kerana mengutip wang raya. Seperti biasa, mereka yang berziarah ke rumah akan dijamu minuman biasa dan sedikit makanan, jika ada.
Read more...
Anak Pohon Anggur
>> 24.9.08
12.30 ke TNB bayar bil letrik yang tertonggak. Bil air hanya 6.20. Bakinya kerajaan Selangor bagi percuma. Lepas tu ke Giant ikut isteri shoping dan beli mainan untuk cucu. Semasa balik, singgah ke Pusat Khidmat DUN Meru. Jumpa YB Dr. Abdul Rani, ADUN, dan serahkan zakat fitrah keluarga untuk diagihkan kepada sesiapa yang berhak dalam DUN Meru. Sampai rumah keletihan. Lepak dan terlelap sampai pukul 5.00.
Sebelum berbuka, bersiar-siar dengan cucu.
Read more...
Nikmat Berbuka Petang Ini
>> 23.9.08
Nikmat makanan disebabkan beberapa faktor. Antaranya, bersyukur dan berpada dengan apa yang ada. Tidak menyediakan makanan secara mengada-ngada atau luar-biasa. Ingat serta sedar kepada fakir dan miskin. Pastikan makanan adalah halal dan berkhasiat. Faham bahawa setiap rasa makanan hanya sekadar beberapa detik (semasa melalui tekak) sahaja. Faham bahawa berbuka bukanlah suatu pesta dan balas dendam. Bla.. bla.. bla..
Read more...
Ramadhan-Syawwal Dalam Kenangan
>> 22.9.08
Malam ini terkenang semasa berpuasa di Birmingham tahun 1983. Pukul 8.00 petang belum maghrib lagi. Pukul 3.00 pagi dah masuk subuh. Jadi, sebelum masuk waktu berbuka ronda-ronda dulu (gambar atas: Isteri, Anis, Ashraf & Farid). Jalan lengang tak banyak kenderaan. Penghuni bandar Birmingham dah balik rumah atau mula pergi pub.
Gambar bawah: Selepas solat raya di Malaysia Hall, tahun 1985.
AlbumPeribadi
Read more...
30 September Hari Raya
Anda boleh mencari di mana baki sebanyak 12 jam dan 14 minit melalui jadual berikut:
Jadual Awal Bulan Hijrah ( Dalam Tahun 2008)
Bulan Hijrah | 2008 | Waktu | Usia Bulan |
Muharram | 8 Januari | 7:37 pt. | 29h 16j 7m |
Safar | 7 Februari | 11:44 pg. | 29h 13j 30m |
R. Awwal | 8 Mac | 1:14 pg. | 29h 10j 41m |
R. Akhir | 6 April | 11:55 pg. | 29h 8j 23m |
J. Awwal | 5 Mei | 8:18 pt. | 29h 7j 4m |
J. Akhir | 4 Jun | 3:23 pg. | 29h 6j 56m |
Rajab | 3 Julai | 10:19 pg. | 29h 7j 54m |
Sha’ban | 1 Ogos | 6:12 pt. | 29h 9j 45m |
Ramadhan | 31 Ogos | 3:58 pg. | 29h 12j 14m |
Shawwal | 29 September | 4:12 pt. | 29h 15j 2m |
Z. Qa’idah | 29 Oktober | 7:14 pg. | 29h 17j 41m |
Z. Hijjah | 28 November | 12:55 pg. | 29h 19j 28m |
Muharram | 27 Disember | 8:23 pt. | 29h 19j 33m |
Disusun oleh Dr. Abdul Wahab Arbain, 20 Julai 2008.
Read more...
Sesekali Berehat Sepanjang Hari
>> 21.9.08
Tidur selepas subuh. Bangun solat zuhur. Sambung tidur. Bangun solat 'asar. Ayah talipon bagitau dia akan beraya pada hari selasa. Nampaknya samalah kiraan kami dua-beranak. Hujan ribut sebentar.
Malam ni merayau lagi. Cari berita politik. Kemaskini blog. Kemudian menung kerana memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan gambar di atas. Gambar bacaan.
Nasrul Dan Fathul Bersama Ibu
Malam Sabtu dan malam Ahad, Nasrul dan Fathul bersama ibu. Dua beradik kembar yang berbeza perwatakan dan berlainan kemanjaan.
AlbumKeluarga
Read more...
AlbumKeluarga
Petang, Sebentar Di KPT
>> 19.9.08
Petang ini sekejap di kebun. Sempat menyiram beberapa pokok dalam pasu. Memantau keadaan pokok-pokok dan anak benih lain. Sempat juga menanam Pokok Zaitun (Olive).
Read more...
Rahsia Kesihatan: SUBHANALLAH
Khamis, 18 September, pagi ke HTAR Klang kerana urusan Wah yang patah tulang selangka tempohari. Dapat nombor giliran awal tapi dipanggil giliran terakhir sessi pagi tu, pukul 12.30. Petang HBKL talipon ada janjitemu hari Jumaat, pukul 9.00.
Tadi, Jumaat, pukul 7.10 pagi bertolak ke HBKL kerana nak rebut tempat parking. Bila jumpa pakar dia kata, 6 Oktober kena datang jumpa pakar bius dan 3 November kena masuk wad. Sebelum balik, ambil darah, ECG dan x-ray. Sampai rumah pukul 1.40 tengahari. Tak berjumaat hari ni. Terlalu letih. Sedang selesa tidur, jiran main mercun. Terpaksa bangun.
Kesahnya begini. Saya didapati ada batu karang dalam buah pinggang sebelah kiri. Dah 3 kali tembak lesar (ESWL=Endoscopic Shock Wave Lithotripsy). Tapi batu tu dah kebal. Tak mau hancur. Hanya ada 2 serpihan saja. Dah keluar pun. Pulamak sakitnya, masa keluar tu. Sebesar beras jantan, tajam dan sompek.
Setelah para pakar berijtihad, saya perlu menjalani URS (Ureteroscopy). Iaitu tembak dengan suatu alat melalui saluran kencing. Woow, tentu sakit tu. Jadi, 6 Oktober, nak pastikan keadaan jantung, sama ada boleh dibius penuh atau tidak. Kalau boleh, 3 November masuk wad untuk menjalani procedure tersebut.
Begitulah Kekuasaan Allah. Manusia boleh mengubati orang lain, tapi diri sendiri dirawat oleh orang lain. Anak sendiri pun doktor. Dia tak sehat berhari-hari juga. Jadual hidup, ALLAH yang tentukan. Sehat dan sakit, ALLAH juga yang tentukan. Semua, hak milik dan ketentuan ALLAH. Siapa kita, nak berlagak dan takbur. SubhanalLAH.
Gambar atas ialah sebahagian koleksi x-ray berkaitan.
Terkenang Terhadap Sesuatu
>> 18.9.08
Kereta yang dimaksudkan pula bukanlah kereta termahal, tercantik dan tercanggih. Kereta yang aku terkenang terhadapnya ialah kereta yang ada dalam gambar-gambar di bawah ini. Dengan kereta ini ku gunakan untuk kemudahan keluarga. Yang peliknya, beberapa kawan, bila hendak ke London, Glassgow, Manchester atau tempat jauh dari Birmingham, meminjam kereta ini. Sedangkan kereta mereka lagi baik dan bagus. Kenapa begitu? Ha, itu sebabnya aku terkenang terhadap kereta ini.
Setelah jemput Anis dan Ashraf dari sekolah.
AlbumKeluarga
Read more...
Cucu Kembar Tak Seiras
>> 17.9.08
Read more...
Jenguk Kebun (KPT) Sekejap
>> 16.9.08
Read more...
Giliran Nasrul Farhan
Mulai Isnin malam Selasa giliran Nasrul Farhan pula bersama kami. Sebelum ini, Fathul Farhan bersama kami selama 3 minggu. Ibu mereka, Nor Hanani, belum siap tesis MSc. Masih sibuk dengan kerja-kerja makmal. Kerja yang rumit, katanya, ialah untuk menghidup semula virus yang telah dimatikan. Hmmmm, dah mati boleh dihidupkan? Itulah kemajuan sains.
Read more...
Bacaan Semula
>> 14.9.08
Dalam gambar-gambar berikut ialah pohon anggur milik sendiri dan telah dimuatkan dalam blog Pengurusan Pohon Anggur. Dimuatkan dalam ruangan ini kerana perlu diteliti dan dikaji mengenai mutu kesihatannya. Rasa-rasa ada sesuatu yang terlepas pandang.
AlbumPeribadi Read more...
Nafsu Makan
Anatara yang kuat menggoda dalam bulan Ramadhan ialah nafsu makan. Hari ini, teringin rasanya nak makan popea daun anggur jeruk. Tapi bahannya tak ada. Tak ada buat jeruk daun anggur. Di Ampang point, 100 helai jeruk daun anggur RM35.00. Pada hal, buatnya cukup simple. Diimpot dari Beirut.
Di US dan Europe, restoran makanan begini amat terhad tetapi cukup hebat. Ada berbagai pakej. Kalau orang kencing manis, biasanya:
1. Popea daun anggur jeruk
2. Teh daun anggur atau jus anggur
3. Buah anggur segar
Harganya, masyaAllah, hmmm mahaaaal.

-----------
(Sambungan..)
Petang tadi, sebaik masuk waktu, terus solat maghrib. Selesai solat barulah berbuka. Sungguh selesa makan apabila tidak tergesa-gesa untuk solat. SubhanalLAH!!!
Read more...
Anak Pohon Kiwi VersM
>> 13.9.08
Hari ni, tidur selepas subuh. Malam tadi berjaga. Bangun pukul 12.30 tengahari. Lepas zuhur, kemaskini beberapa blog. Petang jenguk kebun sekejap. Ada kesan kedatangan tetamu yang kat atas pokok tu. Tak apelah, itu memang nature mereka. Mereka tak bersalah pun.
Malam, dari jam 10.00 hingga kejap tadi mengubah anak benih pohon kiwi. Waktu siang tak berapa selesa. Maklum dah berusia pemegang medal emas.
Malam, dari jam 10.00 hingga kejap tadi mengubah anak benih pohon kiwi. Waktu siang tak berapa selesa. Maklum dah berusia pemegang medal emas.
Malam ni nak merayau ke alam maya. Nak gi negara-negara Arab, Iran, Eropah dan hal-ehwal politik tanah-air.
Read more...
Kiwi Versi Malaysia (Siri 2007/Lama)
>> 12.9.08
Berikutan beberapa permintaan dari peminat-peminat pohon kiwi, sukacita dimaklumkan bahawa pohon kiwi versi Malaysia siri lama (2007) tidak lagi diedarkan kepada sesiapa. Mereka yang telah mendapatkannya dari saya tempohari, itu sudah jadi milik mereka.
Saya hanya akan mengedarkan kiwi versi baru Malaysia (dinamakan Kiwi VersM Siri..../..../.....) mulai seawal Jun 2009. VersM Siri 1/8/2008 sedang dalam proses penyegaran dan florigenisasi. Ia dijangka mulai berbunga dalam bulan Jun 2010.
Gambar bawah: Pohon Kiwi Versi Malaysia, Siri 2007, sedang berbunga di KPT.

Gambar oleh Zainurrashidah
http://p3chandan.blogspot.com/ Read more...
Sekejap Kerja Malam
>> 11.9.08
Malam ini menyuntik hormon pada benih kiwi VersM Siri8-2008 (gambar atas). Waktu siang tak sempat. Masih banyak semaian yang belum diuruskan. Tak selesa kerja siang. Tak boleh minum.
Read more...
Cerita Untuk Anak-Buah
>> 10.9.08
Ada sorang anak sedara minta paklong cerita sikit latar-belakang paklong yang pernah toktina bagitau tapi tak ramai anak-cucu yang tau. Ok, kali ni paklong cerita sikit. Lain kali cerita lagi. Ok!
Alkesah, paklong mula dikandung oleh toktina sekitar bulan September-Oktober 1946. Setelah 14 bulan dalam kandungan barulah paklong lahir, iaitu pada 2 Januari 1948. Iaitu setelah 41 hari tokandak Mariam (adik toktina) dilahirkan. Tapi tokandak guna tarikh yang sama dengan paklong dalam surat beranaknya.
Atuk kata, masa paklong dilahirkan, kepala paklong besar. Paklong tak larat nak gerakkan. Semua orang takut dan bimbang keadaan paklong. Tapi, al-hamdulilLAH, semakin hari, semakin minggu dan semakin bulan, maka keadaan kepala paklong jadi normal.
Paklong menyusu pada atuktina lebih dari 3 tahun. Sampai pakngah dilahirkan pada tahun 1952, paklong masih numpang menyusu. Itu kata atuktina. Hal tu paklong tak ingat.
Paklong belajar bahasa Arab sejak berumur 6 tahun. Belajar pada atuk di rumah. Biasanya, lepas solat subuh, tiap-tiap pagi. Umur 12 tahun paklong diajar mata-pelajaran falak syar'iy oleh atuk. Juga di rumah, juga lepas solat subuh.
Oh ye, satu lagi yang atuktina bagitau, anak-anak dia yang paling "ketegar" ialah paklong. Dari kecik paklong tak pernah rehat, sentiasa ada kerja. Itulah perangai paklong sampai sekarang ni. Itu semua anak-cucu atuk tau.
Sekian dulu cerita latar-belakang paklong kali ini.

Paklong
Read more...
Dari Blog Arab Di Timur Tengah
>> 9.9.08
Sebelum sahur, melawat blog-blog orang Arab. Seronok juga. Dari dua blog, download 2 gambar di atas. Katanya, dia pun download dari blog orang lain.
Lepas tu, gi dapur prepare sawi untuk tumis asam jawa. Bila sahur, habis licin. Petang, jengok kebun sekejap. Terpaksa balik pasal dah janji nak masak ayam. Resepi sendiri hasil dari cerita imam As-Shafi'iy dengan gurunya. Bila berbuka, semua pulun yang tu saja. Nampak macam sedap sangat, tapi tak ada yang memuji. Sahur nanti terpaksa prepare lain.
Read more...
Mengubah Semaian Di Waktu Malam
>> 6.9.08
Sabtu 6 Ogos:
Hari ini semua anak dan cucu ada di rumah, kecuali Dzul di USM dan Anas di MCKK. Aku hanya tidur kerana kepuasan berjaya melahirkan pohon kiwi versi Malaysia yang mampu berbunga seawal 18 bulan dari mula menyemai biji.
Malam, mulai pukul 10.00 hingga 11.40 mengubah semaian anak pohon kiwi. Dapat 82 pohon. Cadang nak kerja sampai sahur, tapi tak larat. Letih. Kerja malam begini dikira ibadat juga. Niat, cara dan tujuan memenuhi syarat-syarat ibadat. Insya ALLAH sambung kerja pada malam-malam akan datang.

Hari Yang Amat Bersejarah
Juma'at 5 Ogos 2008.
Pohon Kiwi Di Malaysia
Di KPT, mengemaskini anak pohon anggur untuk pesanan dari seorang peminat pohon anggur di Ulu Klang. Maklumat lanjut
Pengurusan Pohon Anggur
Read more...
Kerja Luar Biasa
>> 4.9.08
Kira-kira jam 10.25 pagi dapat call dari Wah mengatakan dia berada di Klinik Suria Shah Alam pasal jatuh motosikal. Bila kami sampai, doktor dah periksa. Dia suruh x-ray dan jumpa doktor di Poliklinik Shah Alam. Sampai situ, kaunter dah tutup. Kena tunggu jam 2.30 petang. Lepas x-ray, doktor suruh ke Bahagian Kecemasan Hospital Tungku Ampuan Rahimah, Klang.
Sampai HTAR, doktor suruh daftar masuk wad. Setelah beberapa proses aku balik rumah untuk berbuka dan hantar isteri serta cucu. Kira-kira 5 minit setelah sampai rumah, Wah call pasal doktor nak bagi maklumat. Sebaik berbuka terus ke sana semula. Keputusan doktor ialah suruh balik rumah. Tulang selangka yang paling atas sebelah kiri dah patah. Bahu pula berubah kedudukan. Doktor kata tak ada ubat selain ubat tahan sakit. Hmm, hampir sehari kelamkabut, rupa-rupanya tak ada ubat. Tapi tak mengapa. Di rumah tadi aku dah buatkan ubat untuk patah tulang. Homeopati ada ubat patah tulang.
Dari hospital, terus ke Shah Alam tengok motosikal. Ashraf bawa perlahan-lahan ke rumah biras (Dato' Mohd. Tamyez, Mufti Selangor). Jadinya, Wah balik dan motosikal menumpang di rumah maktehnya. Pukul 11.23 malam, sampai rumah.
Itulah kerja luar-biasa hari ini.

Awal Ramadhan Yang Sungguh Indah
>> 1.9.08
Hari ini awal berpuasa Ramadhan. Keadaan, mendung dan diselang-seli dengan beberapa kali hujan. Lepas asar ke kebun meninjau keadaan di sana. Tiada kerja perkebunan dilakukan. Semasa balik, singgah di Kapar. Seorang sahabat keturunan Cina hadiahkan buah tembikai, sebelah. Untuk berbuka puasa, katanya.
Maghrib pun tiba. Berbuka dengan 3 biji kurma Safavi dan secawan kecil air tebu. Solat maghrib, kemudian makan. Sungguh nikmat dan seronok pada hari pertama Ramadhan ini. Semoga berkekalan sampai bila-bila.

Subscribe to:
Posts (Atom)