Persiapan Raya
>> 25.9.08
Sebelum keluar TESCO, beberapa kali isteri nak belikan baju. Tapi aku tak mau. Sebab baju-baju yang dibeli dalam tahun-tahun 2000 - 2001 masih ada dan boleh dipakai. Walaupun dah lusuh tetapi masih ok, tak ada yang koyak. Sehari kemudian, adik datang ke rumah dan menghadiahkan sehelai baju Melayu. Tak terima, tak patut. Ini hadiah. Nampaknya berpakaian barulah raya tahun ini. Malu rasanya terhadap ALLAH berpakaian baru di hariraya. Sebab, hariraya adalah milik orang faqir dan miskin (عيد الفقراء والمساكين). Baju baru yang dihadiahkan ini adalah kes istimewa.
Hariraya tahun ini sama seperti raya tahun-tahun lepas dan sama dengan hari-hari biasa. Tiada persiapan istimewa kerana raya. Apa yang ada hanya biasa. Aku tetap menghormati hariraya sebagai hariraya untuk faqir dan miskin.
Sama juga tiada persiapan duit raya untuk kanak-kanak. Mereka tidak patut dididik berziarah kerana mengutip wang raya. Seperti biasa, mereka yang berziarah ke rumah akan dijamu minuman biasa dan sedikit makanan, jika ada.
2 comments:
Salam. Selamat hari Raya Eidulfitri. Semoga Eidulfitri kali ini memberi erti pada diri...
W'salam,
Selamat Eidulfitri juga untuk zahraannur! Semoga kita dan keluarga kita semua berbahagia di dunia hingga ke akhirat.
Salam.
Post a Comment