012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Perhimpunan Pra Raya

>> 26.9.08


Petang ini, anak-anak yang belajar di MCKK, Alam Shah dan USM selamat pulang. Farid, Nani dan Fathul juga balik. Hanya Anis, Lily dan Naufal akan balik besok.

Menu makan selepas berbuka sederhana dan biasa sahaja. Nasi putih, ikan gelama kari, ikan kembung goreng dan sawi tumis. Semua berselera makan. Habis juga seperiuk nasi. Seronok makan secara beramai ni.

Farid, Nani dan Nasrul akan bertolak ke Kelantan malam ini. Atok lelaki Nani kembali ke rahmatuLLAH petang tadi. Khabarnya, lepas maghrib akan disemadikan. Inna lilLAH..

Kami tak ada persiapan hari raya seperti kebanyakan orang Melayu. Anak-anak dah dilatih supaya hidup sederhana dan berpada dengan apa yang ada. Usah mengemis duit raya dari orang lain. Sedara-mara memang biasa memberi wang untuk anak-cucu. Pemberian dilakukan bukan kerana hariraya. Pemberian sebagai sumbangan kepada keluarga. Saya sendiri dapat hadiah yang berbagai-bagai. Dari adik-adik dan anak sedara.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP