012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Cerita Untuk Anak-Buah

>> 10.9.08

Ada sorang anak sedara minta paklong cerita sikit latar-belakang paklong yang pernah toktina bagitau tapi tak ramai anak-cucu yang tau. Ok, kali ni paklong cerita sikit. Lain kali cerita lagi. Ok!

Alkesah, paklong mula dikandung oleh toktina sekitar bulan September-Oktober 1946. Setelah 14 bulan dalam kandungan barulah paklong lahir, iaitu pada 2 Januari 1948. Iaitu setelah 41 hari tokandak Mariam (adik toktina) dilahirkan. Tapi tokandak guna tarikh yang sama dengan paklong dalam surat beranaknya.

Atuk kata, masa paklong dilahirkan, kepala paklong besar. Paklong tak larat nak gerakkan. Semua orang takut dan bimbang keadaan paklong. Tapi, al-hamdulilLAH, semakin hari, semakin minggu dan semakin bulan, maka keadaan kepala paklong jadi normal.

Paklong menyusu pada atuktina lebih dari 3 tahun. Sampai pakngah dilahirkan pada tahun 1952, paklong masih numpang menyusu. Itu kata atuktina. Hal tu paklong tak ingat.

Paklong belajar bahasa Arab sejak berumur 6 tahun. Belajar pada atuk di rumah. Biasanya, lepas solat subuh, tiap-tiap pagi. Umur 12 tahun paklong diajar mata-pelajaran falak syar'iy oleh atuk. Juga di rumah, juga lepas solat subuh.

Oh ye, satu lagi yang atuktina bagitau, anak-anak dia yang paling "ketegar" ialah paklong. Dari kecik paklong tak pernah rehat, sentiasa ada kerja. Itulah perangai paklong sampai sekarang ni. Itu semua anak-cucu atuk tau.

Sekian dulu cerita latar-belakang paklong kali ini.

Paklong


5 comments:

Bonekahati September 14, 2008 at 9:12 PM  

Saya begitu tertarik membaca cerita ni.. Yg menjadi mushkil ialah mengandung selama 14 bulan. Kalau mengikut perhitungan saya manusia mengandung hanya selama 9 bulan 10 hari. Pelik. Mampukah janin itu hidup selama 14 bulan dlm alam rahim ibunya? Kuasa ALLAH taala mengatasi segalanya. ALLAHUAKBAR!

Pengasas September 14, 2008 at 9:42 PM  

kitun,
itu adalah riwayat dari ibu saya. jiran-jiran pada masa tu pun pelik. macam mengandung batu. keras dan tak berapa bergerak. terlalu banyak dosa saya pada almarhumah ibu. semoga Allah mengampunkan dosanya dan dosa kita semua.
walLAHU A'lam.

Bonekahati September 15, 2008 at 7:31 AM  
This comment has been removed by the author.
Bonekahati September 15, 2008 at 7:33 AM  

Pelik tapi benar... itulah kuasa yg maha esa. Semoga kita sentiasa dalam pemeiharaanNYA. Amin....

Pengasas September 15, 2008 at 11:13 PM  

kittun,
ada riwayat mengatakan Imam Ash-Shafi'iy dikandung selama empat tahun. WalLAHU A'lam.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP