012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Ziarah Dari Rakan Bloggers

>> 30.11.08


Hari ni, pagi borak di Taman Anggur Bukit Kapar. Tengahari, pergi kenduri pengantin. Petang, beberapa rakan bloggers dari Perak dan Pinang datang ziarah.

Yang saya ingat nama ialah, Asidburn (Jordan Kee Yu Wah), Aloha (Zulkifli Ibrahim), HijatPanjang (Noor Izzar Jamaluddin), MatComot & isteri, MSK & isteri serta anak. Yang lain-lain, maaf masih belum hafal nama mereka. Kelemahan saya ialah susah nak hafal nama tapi senang kenal muka. Semalam saya cuba sebut nama (Zul), dia kata tak betul. Nama sebenarnya ......, pun dah lupa. Dia pun ada tadi. Dari Kuala Kangsar, dah 3 kali nak ingat nama dia, tapi masih tak hafal.

Cakap pasal susah nak hafal ni, saya ada tiga perkara susah nak hafal. Pertama nama kawan jika berkenalan dalam kumpulan. Kedua, susah nak hafal nama-nama jalan. Jalan ke rumah sendiri pun masih tertukar-tukar. Jalan Setia Jaya ke atau Jalan Jaya Setia. Ketiga nombor talipon. Talipon rumah ayah dan hp. ayah pun tak hafal sampai sekarang. Hp. isteri dan anak-anak, semua belum hafal. Hp. sendiri memang tak hafal, pasal tak pernah talipon pun.


Read more...

Pengiktirafan Dari Kerajaan Perak

>> 25.11.08


Pada 22 November, saya menghadiri majlis Program Cambah Fikiran Isu-Isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan SUK Perak, Ipoh.

Selepas YAB-MB berucap dan merasmikan majlis, pengerusi umumkan penyampaian kad MEDIA kepada bloggers. Saya terkejut apabila nama disebut sebagai penerima yang pertama. Penerima yang kedua ialah MatSamanKati, blogger yang tersohor tu. Blog dia dapat hits paling kurang 2 juta dalam sebulan. Dia punya kerjalah ni menyebabkan saya jadi begitu. Terima kasih MSK; dan tahniah dipilih sebagai PrimaMaya.

Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Perak kerana mengiktiraf bloggers. Ini bermakna, Kerajaan Perak ialah kerajaan pertama mengiktiraf peranan bloggers. Malah, Kerajaan Perak menyediakan ruang khas untuk pejabat dan aktiviti rangkaian bloggers Perak. Walaupun dilahirkan di Selangor, tapi ayah saya dari Bagan Serai. Jadi, saya ni kira cucu-Perak dan bukannya anak-Perak.

Read more...

Tak Jadi Ke Kebun

>> 24.11.08


Cadang nak ke kebun hari ni. Tapi isteri tak boleh ikut, nak bayar pelbagai bil. Anas dan Fawzan pula sibuk nak ikut maknya tu. Nak beli apa-apa entah? Mungkin nak beli majallah kartoon atau buku cerita lah tu. Bior kan.

Saya lebih suka anak-anak gila membaca atau bergaduh kerana berebut nak baca dulu. Saya lebih suka anak-anak lepak berdebat mengenai hasil bacaan mereka. Itu sebab anak-anak saya tak pandai bawa motosikal. Tak berani keluar malam. Tapi, bila dah lepas SPM, saya paksa belajar memandu dan ambil lesen.

Antara petua supaya anak-anak rajin membaca dan belajar ialah sediakan suasana supaya mereka berebut membaca atau bergaduh nak baca dulu. Setiap pagi sediakan akhbar dan setiap minggu sediakan majallah. Sebulan sekali jual akhbar lama-lama.

Read more...

Rabu, Khamis, Jumaat Dan Sabtu

>> 20.11.08

Semalam, Rabu, Anas terima keputusan peperiksaan akhir tahun di MCKK. Alhamdulillah, cemerlang, dapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 1 dalam tingkatan.

Hari ni, Khamis, jam 3.20 ke kebun bersama isteri dan Anas. Cuba gali lubang nak tanam pokok epal. Tapi tak larat. Badan menggigil, pasal hypo. Nasib baik isteri ada bawa gula-gula. Kemudian, tolong isteri tanam 2 pokok epal jenis Granny Smith.

Besok, Jumaat, sebelah pagi nak periksa kereta dan berehat cukup-cukup. Lepas solat Jumaat nak ke Bandar Sri Iskandar, Ipoh. Ziarah adik, Rashid, dan terus bermalam di situ.

Lusa, Sabtu, ada urusan di Dewan Serbaguna SUK, Ipoh, dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pukul 5.30 hingga 7.00 ada Konvensyen Teh Tarik para pemaya dan penubuhan Kerajaan Maya Rakyat.

Read more...

Tetamu Datang Ke Kebun

>> 18.11.08


2.37 petang ke kebun. Tanam 2 pokok Red Delicious Apple (gambar atas) dan 3 pokok Blackberry.

Baru nak buat kerja lain, datang 2 orang tetamu; kemudian datang sorang lagi. Tak dilayan tak patut. Bila dilayan, tak boleh buat kerja. Jam 5.35 balik rumah.

Read more...

Mula Makan Pedas Dan Berat

>> 17.11.08


Sejak lepas stenting hari Rabu lepas, hanya makan bubur lambok. Sikit-sikit makan nasi minyak di tempat kenduri.

Tengahari tadi mula makan nasi dan kari ikan keli. Kangkung liar tumis pedas. Sedaaapp, tapi makan sikit sahaja.

Malam ni makan pulut dengan bilis masak sambal cili padi. Campur telur, juga, masak sambal. Habis sepinggan.

Kencing pun dah kurang sakit. Namun, memang kurang selesa. Ye lah, ada tiub dalam perut. Barulah tahu harga sihat. Amat benar pesanan Rasulullah supaya menjaga kesihatan sebelum sakit.

Read more...

Rindukan Kebun

>> 15.11.08


Sejak tengahari Rabu hingga hari ni, berbaring sahaja. Betul-betul rehat. Sesekali bangun mengadap komputer.

Tengahari tadi, terlalu rindukan kebun. Jam 2.45 pergi ke sana. Tak boleh buat kerja berat. Sempat bersihkan sekitar pokok zaitun, pokok pear dan merimbunkan sepokok Packham. Jam 5.48 balik rumah.

Read more...

Stenting: Suatu Pengalaman

>> 14.11.08


Stenting, dalam bahasa mudahnya, ialah meletakkan tiub dari buah pinggang ke pundi-pundi. Tujuannya supaya buah pinggang tidak bengkak kerana saluran kencing yang/akan tersumbat dek batu karang. Kira by-pass lah tu.

Stenting dibuat melalui saluran kencing, tanpa bius. Hanya dimasukkan jeli sahaja. Alat yang dimasukkan itu panjang. Hujungnya ada lampu dan pangkalnya ada macam-macam suis. Hmm...

Doktor kata tak sakit. Tapi sebenarnya terjerit-jerit juga kita dibuatnya. Kalau orang-orang muda mungkin tak berapa sakit. Kalau orang mengidap lelah, macam mana agaknya?

Lepas stenting, rasa lega. Boleh berjalan. Rasa nak buang air-besar sepanjang masa, tapi tak apa-apa pun. Mungkin macam orang nak bersalin kut? Hari pertama dan kedua (setakat hari ni), semasa kencing rasa sakit. Hari pertamalah yang lebih sakit. Terasa sengal sikit pada pinggang pada hari pertama tetapi terasa sikit-sikit dan jarang-jarang pada hari kedua.

Oleh itu, terutama orang-orang yang belum jadi macam saya, selalulah buat medical checkup batu karang. Jangan sampai jadi batu permata yang keras.

Read more...

Berehat Sambil Design KAMAR

>> 13.11.08


Semalam, lepas stenting di HBKL, badan rasa tak sehat. Petang semalam, malam tadi, pagi tadi, tengahari ni tak mandi. Malam nanti pun belum tahu. Mandi atau tidak. Lap dengan air sejuk saja.

Hari ni, 10 peratus masa mengadap komputer. Selebihnya baring dan berehat. Sambil tu, memikirkan draft penubuhan Kerajaan Maya Rakyat (KAMAR) dan design semula draft Universiti Maya Rakyat (UMAR). Fakulti Siyasah Syar'iyah yang ada sekarang mungkin diteruskan. Begitu juga dengan beberapa fakulti yang sedia ada.

Apapun, tunggu sampai berlangsung Persidangan Rangkaian Bloggers pada 22 November nanti.

Read more...

12 November, Tarikh 3 Peristiwa Penting

>> 12.11.08


12 November 1977, ialah tarikh isteriku melahirkan anak kami, Muhammed Anis. Melahirkan anak tentulah bergadai nyawa. Ini ialah peristiwa penting pertama 12 November.

Peristiwa penting kedua 12 November ialah kelahiran anak kami tersebut. Kini, dia genap berusia 31 tahun. Dia seorang doktor perubatan. Dan dialah yang membawa dan menemani aku ke HBKL hari ini.

Peristiwa ketiga ialah aku menjalani prosedur stenting tengahari tadi. Punyalah sakit, rasa nak melayang nyawa. Mengaduh juga beberapa kali. Maklumlah tanpa bius. Ubat kebas memang tak lut. Masa cabut gigi pun, dentist heran. Kebanyak orang, 1 suntikan sudah cukup. Aku, kenalah suntik sampai 5 jarum. Terakhir sampai 7 jarum barulah kebas. Jadi, masa buat stenting tadi hanya setakat jelli. Mana nak merasa kebas.

Balik di rumah, demam. Makan ubat tahan sakit, tak jadi apa-apa. Masa kencing lagi sakit. Namun, malam ni dah berkurangan. Dapatlah buka komputer sekarang ini.

Syukurku terhadap Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Read more...

Diari Hari Selasa

>> 11.11.08


Jam 8.17 pagi bergerak dari Teluk Intan ke Kuala Kangsar. Cadang nak ikut jalan pintas, tapi tersesat lebih jauh. Sampai MCKK pukul 10.18, ambil Anas.

10.34 bergerak ke Rumah Rehat Kuala Kangsar bersama blogger MatSamanKati, kemudian diikuti Officeboytingkat4. Berbincang pelbagai isu, termasuk penubuhan Kerajaan Maya Rakyat (KAMAR), Universiti Maya Rakyat (UMAR) dan persidangan bloggers pada 22 November 2008.

12.18 bergerak balik. Sampai rumah jam 4.18 petang. Malam, jam 9.15, Anis dan Fawzan sampai.

Read more...

Jadual Ahad, Isnin, Selasa Dan Rabu

>> 9.11.08

Hari ini seperti biasa pergi kebun keluarkan peluh. Memantau pokok-pokok dan tanam sepohon lagi pokok Red Delicious Apple.

Besok, Isnin, pagi nak potong rambut. Pereksa kereta antik (Mazda dalam gambar tu) dari aspek keselamatan. Petang akan bertolak ke Teluk Intan, rumah adik. Dijangka bermalam di sana.

Selasa pagi, bergerak ke Kuala Kangsar. Nak temui raja blogger Perak (MatSamanKati) dan berbincang beberapa hal, termasuk mengenai Persidangan Komuniti Bloggers pada 22 November (lihat enteri dalam Fakulti Siyasah Syariyah, sebelah kanan). Kemudian, ke MCKK ambil Anas. Fawzan (Alam Shah) akan balik bersama Anis, sebelah petang.

Rabu ke HBKL buat stenting.

Padat juga jadual pencen ni!!!

Read more...

Salasilah Nasabku


Aku tahu sedikit sahaja mengenai salasilah keturunan di sebelah aku dan sebelah isteriku, sebagai makluman untuk anak-anak. Ayahku dari keturunan banjar Perak, di Bagan Serai; dan ibuku dari keturunan jawa Selangor, di Sg. Besar.

Dari perkahwinan ayah dengan ibu lahirlah kami adik-beradik 11 orang semuanya. Yang pelik, kami menetap di Selangor, tetapi bahasa keluarga ialah loghat Kedah. Maksudnya, ayah banjar, emak jawa, menetap di Selangor, bercakap loghat Kedah.

Dalam bidang pelajaran, aku belajar di Malaysia, sambung di negeri Arab dan tambah di negeri orang putih. Pernah belajar bahasa Jerman dan Prancis, tapi tak berbakat. Dulu, boleh bertutur bahasa Rusia, tapi sejak tahun 1976 tak pernah cakap. Sekarang dah lupa, kecuali dua-tiga rangkap sahaja.

Cita-cita dalam tahun 2009 nak belajar bahasa Spanyol dan Jepun. Kerana, Anis dijangka sambung belajar di sana mulai hujung tahun hadapan. Fawzan bercadang nak belajar di Jepun. Bila mereka balik, bolehlah kami berbual dalam bahasa-bahasa tersebut. Hmmmm....

Read more...

Itulah Sahaja Kerja Orang Pencen

>> 8.11.08


Pagi, buat ubat untuk Wah yang jatuh motor semalam. Dan ubat untuk isteri jiran.

Tengahari ke Klang temankan Ashraf ke kedai kereta. 2.37 ke kebun. Dah lama tak keluarkan peluh.

Kemaskini anak-anak pokok Red Delicious, Granny Smith dan Packham. Kerja berat ialah buat lubang dan tanam sepokok Red Delicious Apple. 6.37 bergerak balik. Singgah di Kapar, pekena roti banjir dan kopi O tarik (kat rumah tak ada kopi). Sampai rumah masuk maghrib. Lepas solat hadap computer. Nak tidur nanti barulah mandi dan solat ‘isyak.

Itulah sahaja kerja orang pencen hari ini.

Read more...

Semua Cucu Lahir Pada 6 Haribulan

>> 6.11.08



Hari ini ialah 6 haribulan. Semua cucu kami dilahirkan pada 6 haribulan.

Muhammed Naufal Muhammed Anis dilahirkan pada 6 haribulan Jun 2007 (Gambar sorang).

Nasrul Farhan Faridul Farhan dan Fathul Farhan Faridul Farhan dilahirkan pada 6 haribulan Mac 2008 (Gambar berdua). Fathul, sejak 3 November berada di Kelantan bersama nenek sebelah ibu. Lepas Raya Adha baru balik.

Read more...

Ubah Tarikh Stenting

>> 5.11.08


Pagi tadi, jam 9.20 dah sampai HBKL. Kira-kira jam 9.37 selesai daftar. Sampai ke bahagian pembedahan, punyalah ramai peserta. Ada yang datang dari luar hospital KL dan ada juga kes-kes serius.

Jam 2.13 petang, belum ada tanda-tanda yang giliranku hampir tiba. Justeru, aku masuk menemui pakar dan berbincang untuk datang pada tarikh yang lain. Mereka minta maaf, tetapi aku yakinkan mereka yang aku faham keadaan yang mereka hadapi. Mereka akan bertugas sampai pukul 7.00 malam nanti. Kesian dan teruk tugas mereka. Makan entah bila; dan rehat tentu tak sempat. Mereka tak perlu minta maaf dan aku bukan merajuk. Aku hanya keletihan menunggu.

Insya Allah, aku akan datang pada 12 November.

Read more...

Dibenar Balik Dari HBKL

>> 4.11.08


Pagi semalam, Isnin, masuk wad HBKL. Periksa air kencing, darah, x-ray dada, x-ray buah pinggang, tekanan darah dan level gula. Jadual operation keluarkan batu karang dari dalam buah pinggang ialah pagi Rabu. Pukul 11.00 tengahari, Isnin, semua selesai. Kemudian berehat dalam wad.

Pagi tadi, doktor pakar datang dan beritahu, operation pada hari Rabu dibatalkan. Dia suruh balik rumah. Tapi, pagi Rabu kena datang semula kerana nak buat Stent sebagai ganti operation. Iaitu hanya memasukkan tiub sahaja.

Jadi, insya Allah, pagi besok akan ke HBKL lagi. Semoga berjaya dan selamat.

Read more...

Besok Masuk Wad

>> 2.11.08


Hari ini tak ke mana-mana. Berborak dengan ayah. Petang, Makcik, Rustam dan Zaki sampai. Anis akan sampai kira-kira pukul 7.00 nanti.

Besok, ditemani Anis, aku akan masuk wad HBKL sebelum 9.00 pagi. Operation mengeluarkan batu karang dari buah pinggang belum pasti bila, mungkin hari Selasa. Semoga berjaya dan selamat.

Read more...

Temperate Garden

>> 1.11.08


Sempena berakhir kajian formal pembenihan pokok-pokok temperate dalam bulan September 2008; dan bermula secara formal membersih tapak dan menanam beberapa jenis pokok-pokok temperate di Koridor Pokok Temperate dari Oktober 2008 hingga Jun 2009, maka dengan ini:

Nama blog Pertanian Pokok Temperate ditukar kepada Temperate Garden atau Taman Pokok Temperate.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP