012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Awal Ramadhan Dan Syawwal 2009 (Suatu Email)

>> 20.8.09

Berikutan dari dua posting sebelum ini, saya menerima beberapa email. Antara yang sungguh baik lagi bernas ialah email di bawah. Saya sengaja tidak memasukkan nama pengirimnya kerana saya tidak memohon izin daripanya. Berikut ialah email yang dimaksudkan:

Assalamu alaikum Dr Abdul Wahab,
Saya begitu tertarik dengan niat saudara untuk memulakan puasa pada hari Jumaat 21/08. Memang betul mengikut perkiraan astronomi, bulan terbit pada 20/08 jam 6.01 petang. Mengikut kaedah penentuan samada anak bulan boleh kelihatan di ufuk di waktu maghrib ialah anak bulan telah berusia lebih daripada 6 jam (atau pun 8 jam, maaf saya dah lupa usia anak bulan yang sebenarnya, tetapi dalam mel ini apabila saya nyatakan 6 jam ianya juga bermaksud atau 8 jam). Ini kerana kalau usia anak bulan kurang daripada tempoh tersebut, anak bulan tersebut tidak boleh dilihat di ufuk pada waktu maghrib. Kaedah ini adalah satu di antara banyak lagi kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa agama Islam di Malaysia untuk menentukan samada anak bulan boleh kelihatan di ufuk atau tidak. Jadi, berdasarkan pengiraan astronomi tersebut, usia anak bulan kurang daripada 6 jam dan tidak akan kelihatan di ufuk pada waktu maghrib. Maka, puasa di Malaysia InsyaAllah bermula pada 22/08.

Lupa pulak saya nak maklumkan, di dalam kalendar Islam, hari (tarikh) baru bermula pada waktu maghrib. Berbeza dengan kalendar Gregorian yang bermula pada tengah malam. Sebab itu kita kena tengok anak bulan pada waktu maghrib. Sebab itu juga, selepas maghrib hari Khamis kita panggil malam Jumaat.

Begitu juga dengan penentuan bulan Syawal. Kiraan astronomi bulan terbit pada 19/9 jam 2.44 pagi. Oleh kerana puasa di Malaysia bermula 22/08, tarikh melihat anak bulan ialah pada 29 Ramadan iaitu pada hari Sabtu, 19/09. Kalau saudara telah berniat untuk berhari raya pada 19/09, maka tarikh lihat anak bulan adalah pada waktu maghrib hari Jumaat, 18/09. Mengikut kiraan astronomi, pada waktu maghrib tersebut tidak ada anak bulan kerana belum terbit lagi. Jadi sepatutnya tak boleh berhari raya lagi. Apabila pada waktu maghrib hari Sabtu, 19/09, anak bulan akan muncul di ufuk kerana usianya telah melebihi 6 jam. Maka, hari raya akan disambut pada hari Ahad, 20/09.

Saya memang tidak menafikan ketepatan kaedah pengiraan astronomi. Cuma, bila kita hanya berpandukan kepada kaedah pengiraan astonomi (ilmu), ini bermakna kita hanya berpandukan kepada akal semata-mata. Dalam kehidupan kita di dunia ini, sebagai orang Islam kita tidak boleh berpandukan kepada akal semata-mata. Kita juga perlukan panduan daripada Al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w.
Wassalam.
______

Tanpa ingin memanjangkan jawapan dalam ruangan ini saya hanya menyatakan:

1. Ayat 185, surah al-Baqarah "... فمن شهد منكم الشهر فليصمه ...". Menyaksikan yang saya fahami ialah menyaksikan keujudan. Sama dengan menyaksikan keujudan para malaikat dan hari akhirat. Menyaksikan keujudan dengan ilmu lebih baik dari menyaksikan dengan mata-kasar. Namun,
2. Hadith "... صوموا لرؤيته ..." adalah sebahagian dari kaedah-kaedah penyaksian yang diajarkan oleh Rasulullah. Hadith ini tidak berasingan dari ayat al-Qur^an. Mana mungkin otoriti Rasulullah berasingan dari firman Allah.
3. Nas-nas di atas tidak meletakkan sebarang syarat usia anak bulan (6 atau 8 jam seperti yang anda sebutkan). Meletakkan syarat usia anak bulan, bererti memasukkan akal ke dalam hadith serta ayat al-Qur^an. Saya bersetuju kita tidak menggunakan akal, lebih-lebih lagi mencampurkan akal mengatasi keumuman hadith serta firman Allah.
4. Apabila petang Khamis sudah ada anak bulan Ramadhan, saya tidak berani menyaksikan bahawa siang hari Jumaat (bermula dari terbit fajar) adalah siang hari Sya'ban. Begitu juga, apabila tengahmalam Sabtu sudah ada anak bulan Syawwal, saya tidak berani menyaksikan bahawa siang hari berikutnya (bermula dari terbit fajar) adalah hari Ramadhan. Saya menjadi mukallaf kerana saya berakal.
5. Saya berpuasa dan berhariraya mengikut syara' iaitu bermula dari terbit fajar dan bukan bermula dari tenggelam matahari. Justeru, saya solat 'eid ketika siang.

Mengenai isu lain tidak perlu dijawab, kerana ia berkaitan dengan ilmu 'aqli semata-mata.

Yang benar hanya dari Allah. Sebarang kesilapan dari diri saya sendiri. Terima kasih kepada yang mengirim email.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP