012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Cegah H1N1

>> 12.8.09

Selama 3 hari suntuk saya berehat. Betul-betul berehat untuk mengembalikan kesihatan dan tenaga. Semasa berehat, hanya dua-tiga kali sahaja menyentuh komputer.

Rehat kali ini adalah terpaksa. Terpaksa kerana bimbang diserang H1N1. Ubat cegah H1N1 memang ada dalam simpanan. Tapi tak pernah guna. Saya memang malas dan muak dengan ubat. Dah berpuluh tahun bergelumang dengan ratusan jenis ubat homeopati.

Anak saya yang jadi doktor perubatan tu dah sekian lama tak berhenti batuk. Sampai tak berani tidur sekali dengan anak-anak. Bila dengan anak-anak, terpaksa pakai topeng. Malam Ahad lepas, batuknya menjadi-jadi. Saya sedih tengok dia batuk. Macam bukan doktor. Saya beri dia ubat homeopati. Dengan kuasa Allah, alhamdulillah, beberapa minit kemudian terus mulai lega. Dia bawa balik ubat itu ke rumahnya, untuk dia dan anaknya yang juga batuk.

Sekarang ini, jika anda merasa letih luar-biasa maka eloklah berehat. Terutama mereka yang dah berumur, lebih-lebih lagi yang dah bergelar warga emas. Sambil berehat, minumlah air halia. Halia menyumbang kepada kesihatan dan mengelak dari asas-asas tarikan H1N1.

Sila layari
Halia 1
, Halia 2, Halia 3, Halia 4, Halia 5, Halia 6, Halia 7, Halia 8, Halia 9 dan Halia 10. Harga halia juga amat murah.

7 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin August 12, 2009 at 11:27 AM  

salam dr..
namapun kita ni manusia walau bergelar doktor sekalipun tetap diserang penyakit juga atas kehendak-Nya.
Bagus juga dengan perkongsian petua..halia sebagai makanan kesihatan.. Ada dpt emel dari kawan.. katanya epal hijau boleh ubatkan H1N1.. any idea?

Pengasas August 12, 2009 at 11:38 AM  

W'Salam Nik,
Benar tu Nik. Hindarkan dan mungkin bukan mengubatkan.

ntah laaa..... August 12, 2009 at 2:40 PM  

kalau kena virus takut B1N1 silap2 syurga pon tak cium...wuhahaha

Pengasas August 12, 2009 at 3:34 PM  

Salam Zul,
Betul tu. Yg pakai purdah tak payah beli topeng. Selamat kos selamanya. Yg selak peha, virus lagi besar. wuhahaha.

ZAID SAHLAN August 12, 2009 at 7:18 PM  

Betul tu, sebelum ini macam macam sindirin/ hinaan utk orang pakai purdah. Ada yg kata hantu kum-kum, ektrim, pelampau , ketinggalan zaman, tak ada fesyen dll........ sekarang dah ramai yg pakai topeng macam purdah, pakai gincu pun dah tak guna...tak nampak merah beb,Amacam ???

Rush IswaraKu August 12, 2009 at 7:52 PM  

Kalau tidak menjadi keberatan boleh tak Dr.bagi nama penawar yg sesuai untuk batuk tu.Boleh dicari dari klinik2 homeopati setempat.

anak laut August 13, 2009 at 7:59 PM  

salam.Dr,

ya, air halia sangat baik kepada kesihatan, hari ni saja dah 44 terkorban kerana H1N1..bila penyakit ni akan berakhir Dr?

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP