012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gambar Sendiri Dalam Blog Orang

>> 13.12.08


Malam tadi asyik melayari beberapa blog maka terjumpalah beberapa gambar sendiri dalam beberapa blog orang lain. Oleh kerana tak pernah ada skendal maka tak adalah gambar yang tak senonoh.

Gambar di bawah ini adalah satu daripadanya. Di sebelah kiri saya tu ialah seorang guru lepasan UKM. Beliau mengajar dan menetap di Bandar Kuching, Sarawak. Beliau datang ke tempat saya sebagai peserta kursus perseorangan mengenai Pengurusan Pohon Anggur Dan Mulberry dalam tahun 2007.

Sebelah malam, kursus teori dan sebelah siang kursus tunjuk cara dan praktikal. Memang mudah memberi kursus pada seorang guru. Sekarang beliau dah berniaga pokok anggur, mulberry, strawberry dan lain-lain di Bandar Kuching. Raya Adha tahun lepas dia datang ke rumah saya bersama isteri dan anak-anak mereka.

Tahniah dan selamat berjaya.

9 comments:

zahraannur December 13, 2008 at 9:01 PM  

salam.... jangan sangka yang tak glamour pun sebenarnya glamour....kadangkala kita tak tahupun yang kita ni selalu diintai...

pakcik mesti seorang yang istimewa...

Anonymous,  December 13, 2008 at 10:00 PM  

Wa'alaikumussalam Zahraannur,
Apalah istimewanya si tua bangka. Kulit dah kendur, mata dah rabun dan uban dah bertabur.
Berlagak dengan gigi yang dah rompong, hidung tak mancong dan pipi tersorong-sorong.
Fajar pagi dah lama ditinggalkan dan ufuk senja dekat di hadapan.
Itulah hakikat seorang insan. Hanya 3 talian. Anak soleh yang sudi mendoakan, sedekah bermanfaat yang berterusan dan ilmu yang dapat dimanfaatkan.
Wassalam.

Anonymous,  December 13, 2008 at 10:02 PM  

Anonymous tu ialah pakcik sendiri. Berkali-kali pakcik kena rejected bila guna akaun sebenar.

manjung mari,  December 14, 2008 at 7:43 PM  

Salam Dr...
Semakin tua semakin berisi, umpama buah nyok, makin tua makin banyak lemaknya, makin berguna, banyak boleh dimanaafaatkan.

Dr. Abdul Wahab Arbain December 14, 2008 at 8:37 PM  

Wa'alaikumussalam ManjungMari,
Nyoq tua menambah kolestrol kut.
Nyoq tua tak boleh menarik pelancong macam nyoq muda.

matcomot December 14, 2008 at 11:42 PM  

dan bajuyg dr pakai hari ni,adlh baju yang sama dr pakai masa tahun 2007 hari tu

Pengasas December 14, 2008 at 11:48 PM  

Salam MatComot,
Kali terakhir beli baju ialah tahun 2000. Kali terakhir beli seluar ialah tahun 1998. Cuma, seluar yang satu lagi tu, selalulah beli. hehe ...

matcomot December 15, 2008 at 10:52 AM  

kira badan maintain tu...
hahaha
sebulan dua ni,
baju dan seluar saya dah bnyk yang makin mengecut.
pakain mengecut atau badan mengembang,taktau la

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP