012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia

>> 10.12.08


Saya dan beberapa rakan dalam BloggersNetwork@Perak menerima email berikut:

Dengan Sukacitanya Dijemput hadir ke Konvensyen Blogger Network Malaysia Kali 1

Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia akan di adakan di Pasir Puteh Kelantan pada 10 dan 11 Januari, 2009. Semoga bloggers tidak kira agama, bangsa, parti atau ideologi dijemput hadir.

Diutamakan kepada mereka yang mempunyai kegemaran untuk menambahkan lagi kenalan, rakan dan taulan serta berminat untuk bersatu dibawah satu bumbung.

Tarikh : 10 dan 11 Januari 2009 (Sabtu dan Ahad)
Lokasi : Pasir Puteh, Kelantan.

Sila hubungi : mohd asrol affandi
Telefon : 019-9926205
Email: asrol.affandi@gmail.com atau go-perak@rentaprevolusi.com

Sila daftar Online di http://go-perak.rentaprevolusi.com/formkonv09.php
Penginapan adalah di hotel budget - Bayar sendiri (Kami akan tolong booking)
Kos makan minum - Bayar sendiri

Tarikh Tutup Pendaftaran : 25/12/2008

TEMPAT TERHAD / BLOGGER AKAN DITAPIS
INI ADALAH PERJUMPAAN SANTAI BLOGGER

Maklumat Lanjut :

http://www.perakexpress.com
http://www.kelatekito.com/malaysia
http://go-perak.rentaprevolusi.com/

SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI DARI MASA KE SEMASA.

--
Asrol Affandi
Urus setia
KONVENSYEN BLOGGER NETWORK @MALAYSIA
Kelantan
hp:019-9926205

-----
Jawapan saya kepada saudara Asrol:

Assalamu 'Alaikum saudara Asrol,
Terima kasih kerana jemputan tersebut.
Saya merasa sedih kerana tak dapat ikut serta. Saya akan memasukki wad pada 09 Jan. 2009 sebagai persiapan untuk pembedahan batu karang dalam buah pinggang.
Namun, semangat saya tetap bersama saudara dan para pemaya yang akan hadir.
Semoga berjaya dengan cemerlang. Wassalam.
Dr. Abdul Wahab Arbain.

5 comments:

Anonymous,  December 11, 2008 at 12:27 AM  

Assalamulaikum Prof.Saya mendoakan agar Prof cepat sembuh.Menarik jugak tentang perjumpaan bloggers di Pasir Puteh.Terigin rasa di hati hendak menghadiri perjumpaan itu.
witeblog.blogspot.com

Pengasas December 11, 2008 at 1:21 AM  

Wa'alaikumussalam Witeblog,
Terima kasih kerana berkunjung dan mendoakan kebaikan untuk saya. Semoga kita semua sehat serta afiyat.

Anonymous,  December 11, 2008 at 1:48 PM  

Salam Dr.

Harapan dan doa saya semoga Dr dirahmati ALLAH. Semoga perbedahan akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Anonymous,  December 11, 2008 at 7:13 PM  

Salam kerahmatan buat Prof yang budiman.Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang tidak seberapa itu.
witeblog.blogspot.com

Pengasas December 11, 2008 at 8:24 PM  

Wa'alaikumussalam,

KerajaanRakyat,
Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. Semoga Allah beri kesihatan yang bermanfaat untuk kita semua.

Witeblog,
Saya ni orang pencen. Nak ziarah secara fizikal dah tak mampu. Jadi, yang mampu hanya ziarah maya.
Walaupun dah berusia emas, biasanya saya melawat maya sebanyak 80 - 100 blog dalam sehari. Termasuk blog luar negera.
Di samping, saya kendali lebih dari 30 blog. Ada yang boleh dikenali dan ada juga yang tak perlu dikenali.
Nak beli akhbar banyak-banyak dan nak tulis panjang-panjang dah tak mampu.

Wassalam.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP