012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Inna li-LLAHI wa ilaiHI raji'uun!

>> 16.2.10

Jam 4.30 petang, 14 Feb. saya ke Hosital Selayang menziarahi adik yang sakit tenat. Beliau berusia 55 tahun. Sentiasa di samping beliau ialah isterinya, Rosnah.

Lepas isyak, saya dan ipar saya, Ahmad Nizam, balik kampung menjemput semua (tiga) anak adik tersebut ke rumah saya. Insya Allah, akan menziarihi bapa mereka pada 15 Febuari.

Jam 3.20 pagi (tengah malam) 15 Feb., saya menerima panggilan mengatakan adik saya tersebut telah kembali ke rahmati-LLAH. Serta-merta saya dan ipar saya, Ahmad Nizam, ditemani anak saya, Dr. Anis ke hospital. Sampai di sana kira-kira jam 4.30 pagi.

Jam 5.11 pagi saya menemani al-marhum balik kampung dengan van janazah Masjid Selayang. Isterinya bersama ipar saya dan anak saya ke rumah saya mengambil anak-anak untuk balik kampung.

Saya dan pemandu van janazah bersolat subuh di Masjid Ijok dan berhenti sarapan pagi di pekan Tg. Karang.

Di kampung, al-marhum dimandi dan dikafankan. Ipar saya, Othman Ibrahim, mengimamkan solat janazah bersama keluarga lelaki yang terdekat; dan saya mengimamkan solat janazah bersama keluarga perempuan yang terdekat. Di surau, ayah saya mengimamkan solat janazah bersama kumpulan orang ramai.

Al-marham dibawa ke tempat persemadian pada jam 11.30 tengahari. Saya, bagi pihak seluruh keluarga, mohon maaf kepada adik serta ipar dari Pahang dan adik serta ipar dari Trengganu kerana tidak menunggu hingga mereka sampai. Namun, adik dari Pahang sempat sampai sejurus sebelum al-marhum disemadikan; dan adik dari Trengganu sampai sejurus setelah al-marhum disemadikan. Al-hamdulillah, mereka semua memahami hukum supaya menyegerakan urusan janazah.

Saya bagi pihak ayah dan seluruh keluarga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh sahabat handai di kampung, termasuk sedara-mara, kerana bertungkus-lumus menyempurnakan fardhu kifayah berkenaan.

Kepada adik-adik, ipar-ipar dan semua anak-sedara, paklong ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Anda semua adalah ahli keluarga yang baik, bagus, bersepakat, berpadu lagi special.

JazakumulLAHU khairan kathiran; dan Inna li-LLAHI wa inna ilaiHI raji'uun!

4 comments:

al-brangi February 16, 2010 at 11:58 AM  

Al-Fatihah.

Takziah Dr. semoga rohnya bersama dgn org2 yg diredhai Allah

ELBI RISALAH February 16, 2010 at 5:05 PM  

Siapa nama adik dr yang meninggal dunia tu?. Semoga Allah memberi keampunan dan rahamat ke atas rohnya. Amin !

Takziah dan semoga dalam kesabaran semua ahli keluarga.

Dr. Abdul Wahab Arbain February 16, 2010 at 9:00 PM  

Salam al-brangi dan ElbiRisalah,
سعيكم مشكور وذنبكم مغفور
Jazakumullahu khairan kathiran.
Al-marhum bernama Othman. Adik saya yang ke3.

Werdah February 17, 2010 at 7:31 AM  

salam Dr,

Inna lillahi waiina ilahi raaji'uun. lambat datang sini, diucapkan takziah dan semoga roh al-marhum adik Dr diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman yang dirahmati Allah. Amiin

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP