012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Teringat semasa belajar memasak

>> 28.4.11

Gambar hiasan.

3.11 pagi Khamis belum ngantuk. Teringat masa muda-muda dulu. Semasa saya berumur 11 tahun ibu mula ajar memasak. Step pertama mengupas dan memotong bawang merah dan bawang putih. Ibu huraikan kegunaan bawang itu dalam tumisan. Step kedua memanaskan kuali dan bila boleh masukkan minyak untuk tumisan. Step ketiga ialah menumis sayuran dan meletakkan garam. Hhmmm, cara ibu mengajar sebiji macam seorang jurulatih profesyional, kata orang zaman sekarang.

Kemudian ibu ajar cara-cara masak nasi dan menggoreng ikan dan lain-lain. Kira-kira berumur 12 tahun saya mulai merantau jauh dari keluarga dan kampung halaman. Cara zaman dulu, semasa di perantauan mesti masak sendiri. Lagipun, itulah cara si perantau yang tidak berada.

Balik dari perantauan ketika berusia 28 tahun. Maksud saya, memasak sendiri dari berusia 12 tahun hingga berumur 28 tahun. Hhmm, 16 tahun memasak sendiri. Teringat semasa di Kaherah, beberapa rakan keturunan Arab (lelaki) selalu datang dan ajar saya memasak makanan Arab.

2 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI April 28, 2011 at 3:05 PM  

Rasa masakan dari air tangan orang lama tak boleh lawan, cukup dgn garam dah memikat selera.. tak payah tambah apa2 perasa macam orang sekarang.

Tuan pandai memasak masakan Arab, apa kata buka satu gerai atau restoran masakan Arab..insyallah dapat sambutan.

Pengasas April 29, 2011 at 12:37 AM  

Salam Damai Impian ..,
Dulu-dulu, pernah juga terfikir ..
Bagus idea tu ..
Terima kasih atas cadangan ..

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP