Minuman Sejuk Berkhasiat
>> 3.8.12
Takut badan jadi letih. Atau sejuk itu menyebabkan
badan jadi letih.
Sebenarnya, minuman sejuk tiada apa-apa salah.
Yang salah ialah badan. Badan yang meminum itu
tidak sihat. Atau minuman itu yang tiada sebarang
khasiat atau bercampur dengan yang kotor ataupun
yang tidak suci. Atau minuman itu tidak diberkati
oleh Allah.
Lagi pula, minuman atau makanan yang panas itu
sekurang-kurangnya makruh diambil. Suatu riwayat
mengatakan:
بردوا طعامكم يبارك لكم فيه
"Sejukkan makanan kamu agar ada keberkatan padanya."
Minuman yang saya sediakan untuk keluarga petang
ini ialah air selasih bercampur kembang semangkuk.
Khasiat Selasih ...! dan Khasiat Kembang Semangkuk ...!
2 comments:
Assalamualaikum Prof,
saya selalu panaz badan, asyik minum air sejuk. Tapi kalau minum teh O suka yg panas! Prof saya dpt contact sorang kawan di Turki yg ada tanam pokok aprikot, sekarang tengah berbuah. Kalau Prof nak fresh dari ladang harga sekilo RM30 dan kos postage RM40, total RM70. Kalau prof nak bagitau segera, saya bagitau dia . Prof masukkan duit dlm akaun dia, dia guna Maybank. Terima kasih.
By the way, toling miss call saya prof, nombor prof dah hilang sbb software saya rosak 3 ari lepas. No ISA pun hilang. Mintak dia miss call atau sms saya! Tima kasih.
W'salam Halima,
Terima kasih banyak-banyak.
Kebetulan saya dah beli yg segar semasa saya ke Pinang bulan lepas. Memang produk Turkey.
Nombor2 dah saya smskan kejap tadi. Harap diterima dengan selamat.
Post a Comment