012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Jadual Padat dan Masa Sendat

>> 18.4.13

Dua minggu kebelakangan ini terasa amat sibuk.
Jadual aktiviti agak padat. Sedangkan masa menjadi sendat.
Itu sebab Rasulullah berpesan supaya berwaspada dengan
waktu lapang sebelum datang waktu yang sendat.

Selasa, dulu semalam. Pagi, balik kampung beli ikan haruan
dari sawah. Untuk menantu lepas bersalin. Dapat 2kg. sahaja.
Tengahari, singgah sekejap di kebun. Cabut ubi, cari jantung
pisang dan kutip beberapa jenis herba. Petang, ke Bandar
Baru Nilai, tengok cucu-cucu. Malam, keletihan.

Rabu, semalam. Ke Jengka 20, Pahang. Ziarah bapa-sedara
yang dah lama tidak sihat. Berjumpa dengan beberapa sepupu
(dalam gambar bawah). Balik di rumah dah maghrib. Malam,
keletihan lagi.

Hari ini, Khamis. Anak sulong yang jadi doktor tu dan semua
(tiga) anak dia demam. Giliran saya pula buat ubat untuk mereka.
Teringat kembali pesanan Rasulullah supaya berwaspada dengan
kesihatan sebelum datang sakit.

Saya tiada dalam gambar.

2 comments:

A Mum Of Three Mohd April 18, 2013 at 10:30 AM  

Assalam...

Dah tua-tua ni,perbanyakkan rehat Dr. Salam saya untuk akak.

Pengasas April 18, 2013 at 9:34 PM  

W'salam M3M,
T. kasih atas nasihat. Salam pada F3M. Insya Allah...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP