012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gambar-Gambar (2): Cerdas Akal

>> 14.4.09


Sedarkah kita bahawa Rasulullah adalah makhluk di dunia yang paling kuat ingatan. Baginda menerima wahyu melalui Jibril hanya sekali, tanpa berulang. Baginda terus mengingatinya hingga ke akhir hayat.

Baginda bukan sahaja ingat semua wahyu tetapi ingat semua susunan ayat, yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Baginda dapat mengingati semua peristiwa di dunia yang diberitahu oleh Allah.

Ingatkah kita bahawa satu dari kegemaran-kegemaran baginda ialah bauan yang harum. Antara haruman di dunia ini ialah bungaan. Antara bungaan harum yang baik ialah bunga Narjis Putih (White Jonguil). Antara kebaikannya ialah mencerdaskan akal dan menguatkan ingatan. Berikut ialah gambar Narjis Putih:


Read more...

Gambar-Gambar (1): Mengasah Mata

>> 12.4.09


Pemandangan alam boleh menghibur, mengajar dan menyembuh manusia dalam berbagai aspek. Antaranya ialah mengasah mata. Lihat gambar-gambar berikut:


Read more...

Tak Berdosa Saya Renung Gambar Ni!

>> 10.4.09


Entah berapa kali saya tengok, renung dan tenung gambar ini. Nak tahu bagaimana mengolahnya. Namun, sebab kejahilan dalam bidang ini, saya tak dapat sebarang klu mengenainya. Tak berdosa renung gambar ni untuk tujuan belajar.


Read more...

Gambar Cucu Ke-4 Bersama Neneknya

>> 8.4.09


Hari Juma'at, 3 April, ziarah semua anak, menantu, cucu dan besan. Masa tu baru kebah dari demam.

Sabtu pagi, beberapa tetamu datang. Petang, anak cucu dari Bandar Baru Nilai datang. Besan dari Kelantan pun datang. Ayah dan makcik datang dan bermalam. Itu jadual bulanan ayah. Setiap petang Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Ahad pagi, anak cucu dari Bandar Seri Putera pula datang. Begitu juga adik dari Pahang. Petang, adik-adik dan ipar-ipar KakYong sampai. Bawa ikan haruan kering. Terima kasih KakYong. Malam tu kami bedal sebahagiannya.

Ahad malam Isnin, isteri demam. Tak kebah sampai Selasa malam Rabu. Kami buat keputusan serah diri ke Hospital Sungai Buloh. Doktor buat keputusan kena masuk wad. Jadi, dalam wad lah dia sekarang ni.

Anak yang doktor tu berurusan di Sarawak mulai hari Isnin. Ahad nanti baru pulang. Anak yang engineer pulak akan berurusan di Holland mulai tengahari besok. 17 April baru pulang. Nasib baik anak yang kerja kat JPM tu ada di rumah. Dia lah yang tolong kami.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP