012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Gambar Cucu Ke-4 Bersama Neneknya

>> 8.4.09


Hari Juma'at, 3 April, ziarah semua anak, menantu, cucu dan besan. Masa tu baru kebah dari demam.

Sabtu pagi, beberapa tetamu datang. Petang, anak cucu dari Bandar Baru Nilai datang. Besan dari Kelantan pun datang. Ayah dan makcik datang dan bermalam. Itu jadual bulanan ayah. Setiap petang Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Ahad pagi, anak cucu dari Bandar Seri Putera pula datang. Begitu juga adik dari Pahang. Petang, adik-adik dan ipar-ipar KakYong sampai. Bawa ikan haruan kering. Terima kasih KakYong. Malam tu kami bedal sebahagiannya.

Ahad malam Isnin, isteri demam. Tak kebah sampai Selasa malam Rabu. Kami buat keputusan serah diri ke Hospital Sungai Buloh. Doktor buat keputusan kena masuk wad. Jadi, dalam wad lah dia sekarang ni.

Anak yang doktor tu berurusan di Sarawak mulai hari Isnin. Ahad nanti baru pulang. Anak yang engineer pulak akan berurusan di Holland mulai tengahari besok. 17 April baru pulang. Nasib baik anak yang kerja kat JPM tu ada di rumah. Dia lah yang tolong kami.


3 comments:

Unknown April 9, 2009 at 4:46 PM  

salam ayahnde pengasas..

ramai nyer yag bertandang ke rumah ayahnde.. murah rezeki!!
Holland.. masa sekolah men dulu saya selalu teringin nak pergi sana.. angan2 ajer lah!

itu ler ikan haruan terbsar yg pernah dapat & dah tertulis rezeki ayahnde.. la ni yg tinggal haruan kecik2 jer.. hari2 mendung, ikan pun lambat kering..

ISA April 9, 2009 at 6:50 PM  

Salam Dr.

Wah... satu keluarga yang besar, seronok ya jika sesekali berkumpul beramai-ramai.

Di doakan semoga makcik cepat sembuh, nanti boleh makan Beehoon Goreng lagi, sedap....

Harap Dr. pun sihat juga.
********************************

Berkenaan pokok tu, minta maaf saya hampir terlupa, kerana terlampau sibuk dengan kerja, blogging ni pun bila ada kesempatan terluang, tak kiralah kedai kopi ke mana ke... janji ada wi-fi dan berukband terlepaslah satu dua posting ha..ha..ha..

Insyallah, dalam masa terdekat ni akan hubungi Dr. untuk ambil pokok tu. Terima kasih.

eiza in the house.. April 14, 2009 at 3:42 PM  

salam ziarah,

moga pakcik dan makcik sehat2 hendaknya yer..:)

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP