012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Pengiktirafan Dari Kerajaan Perak

>> 25.11.08


Pada 22 November, saya menghadiri majlis Program Cambah Fikiran Isu-Isu Semasa Bersama Jentera Penerangan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan SUK Perak, Ipoh.

Selepas YAB-MB berucap dan merasmikan majlis, pengerusi umumkan penyampaian kad MEDIA kepada bloggers. Saya terkejut apabila nama disebut sebagai penerima yang pertama. Penerima yang kedua ialah MatSamanKati, blogger yang tersohor tu. Blog dia dapat hits paling kurang 2 juta dalam sebulan. Dia punya kerjalah ni menyebabkan saya jadi begitu. Terima kasih MSK; dan tahniah dipilih sebagai PrimaMaya.

Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Perak kerana mengiktiraf bloggers. Ini bermakna, Kerajaan Perak ialah kerajaan pertama mengiktiraf peranan bloggers. Malah, Kerajaan Perak menyediakan ruang khas untuk pejabat dan aktiviti rangkaian bloggers Perak. Walaupun dilahirkan di Selangor, tapi ayah saya dari Bagan Serai. Jadi, saya ni kira cucu-Perak dan bukannya anak-Perak.

6 comments:

Ahmad Zawawi November 25, 2008 at 11:20 AM  

Melalui MSK saya dah dengar tentang kehebatan Tuan Doktor. Saya sangat gembira kini kita sama-sama dalam enjin perubahan. Tahniah.

Tinjau ahmadzawawi.wordpress.com kerna ada special mention.

Pendidikan November 25, 2008 at 12:08 PM  

Terima kasih Ahmad Zawawi. Macam saya kata dulu tu, orang tua ni cakap boleh lah sikit-sikit. Tenaga milik orang muda-muda.
Kita sayangkan perjuangan dan rakyat marhain.
Salam perjuangan.

zahraannur November 25, 2008 at 6:47 PM  

salam....
tahniah diucapkan kepada pakcik. Semoga terus berkarya dan menulis dengan penuh tanggungjawab....

Al-Kisah H.K. November 29, 2008 at 7:27 AM  

Waalaikumussalam Paklong,

Icah x tido lagi. Terima kasih Paklong. Dan Hafiz ucapkan tahniah atas kejayaan Paklong.

KiTTuN December 4, 2008 at 4:44 PM  

Salamz..
Rasanya belum terlambat saya nak ucapkan tahniah utk Dr.
Tahniah saya ucapkan diatas penganugerahan itu. Semoga ianya mendorong Dr. utk lebih jauh dlm berkarya didunia blog.

Pendidikan December 4, 2008 at 5:05 PM  

Wa'alaikumussalam semua,

zahraannur & kittun,
Terima kasih banyak. Semoga kita semua berjaya.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP