012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Ubah Tarikh Stenting

>> 5.11.08


Pagi tadi, jam 9.20 dah sampai HBKL. Kira-kira jam 9.37 selesai daftar. Sampai ke bahagian pembedahan, punyalah ramai peserta. Ada yang datang dari luar hospital KL dan ada juga kes-kes serius.

Jam 2.13 petang, belum ada tanda-tanda yang giliranku hampir tiba. Justeru, aku masuk menemui pakar dan berbincang untuk datang pada tarikh yang lain. Mereka minta maaf, tetapi aku yakinkan mereka yang aku faham keadaan yang mereka hadapi. Mereka akan bertugas sampai pukul 7.00 malam nanti. Kesian dan teruk tugas mereka. Makan entah bila; dan rehat tentu tak sempat. Mereka tak perlu minta maaf dan aku bukan merajuk. Aku hanya keletihan menunggu.

Insya Allah, aku akan datang pada 12 November.

5 comments:

Mamak Spicy November 5, 2008 at 4:51 PM  

Salam tuan.Kasian tuan tak dapat buat stenting hari ni.Ada hikmahnya tu.Tapi kekadang tu memang kasiankan pesakit2 datang dari jauh..tup-tup..operation yg dijadualkan terpaksa ditangguhkan utk memberi laluan kepada kes-kes kecemasan.Selalunya dibilik OT..pakar bius lebih berkuasa penuh dari pakar bedah..So pakar bius yg mengawal selia OT.Sebab itu kadang2 tu kes2 elektif seperti kes stenting tuan terpaksa ditangguhkan dulu.Kesabaran tuan itu Allah akan membalasnya dengan nikmat yg tuan tidak sangka2 kan.

Pendidikan November 5, 2008 at 5:23 PM  

Saya yg minta tangguh, bukan hospital. Saya kesiankan pesakit lain dan juga petugas2 tu.

zahraannur November 5, 2008 at 10:33 PM  

sabar ye pakcik. saya pun sabar je kalau menanti waktu di hospital. samada menanti nak jumpa doktor atau menanti appoinment dengan doktor di hosp kerajaan..

Pendidikan November 7, 2008 at 9:39 AM  

zahraannur,
terima kasih kerana beri semangat pada pakcik. pakcik lebih simpati dengan mereka yg datang dari jauh, seperti N9, Pahang etc. mereka lebih berumur dari pakcik.

Mamak Spicy November 7, 2008 at 2:12 PM  

no pblm tuan..tuan masih muda lagi :)

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP