012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Hari LahirKu

>> 2.1.10

Setiap awal tahun Masihi orang bercuti umum di seluruh dunia. Pada hari berikutnya orang mulai bekerja dengan niat dan azam baru. Sama ada dengan prestasi baru mahupun dengan yang lama.

Bagi saya, pada setiap awal tahun Masihi, mulai 1 Januari 2002, bukan sahaja hari awal tahun, tetapi juga hari ulangtahun bersara. Pejamcelik pejamcelik dah lapan tahun bersara.

Pada hari berikutnya, 2 Januari, adalah hari dan tarikh kelahiran. Pada hari ini, 2 Januari 2010, saya terima satu lagi pingat emas. Dengan pingat ini semakin kukuh kedudukan saya sebagai warga emas. Yang merunsingkan saya ialah dosa mungkin semakin banyak. Usaha menebus dan membasuh dosa belum cukup meningkat. Justeru, niat dan azam baru saya masih sama dengan yang lepas-lepas. Ingin berusaha lebih menebus dan membasuh dosa di samping menambah kebaikan.

10 comments:

Mamamat January 2, 2010 at 2:02 AM  

Salam Dr
Alhamdulillah Dr telah berada dalam usia emas. Keme ni ntah sempat ker idak merasai usia emas tersebut.
Semoga Dr sentiasa dalam rahmat Illahi.
Ghuper2nye tak payah pegi olimpik dan sukan seapun boleh dapat pingat emas. Tahniah

ISA January 2, 2010 at 2:21 AM  

Salam Dr.

Selamat Hari Keputeraan yang ke...?

Semoga dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera.

Ni kena belanja Nasi Arab... dengan kari kambing ha..ha..ha..

Radentani January 2, 2010 at 7:08 AM  

Salam Tuan,

Ucapan selamat hari Lahir. Semuga panjang umur, dimurah-murahkan rezeki..

Semuga tubuh sihat sihat selalu.

Guru January 2, 2010 at 8:38 AM  

assalammualaikum Dr

yang pasti, umur Dr memang dah panjang,
umur saya ni tak taulah.
azam Dr sama ngan azam saya.
moga ada peningkatan dalam usaha kita nanti.

fawz@n January 2, 2010 at 8:44 AM  

slmt hari jadi abah.
smoga terus pnjg umur n murah rezeki, =)

Imanisa riana @ sarimah January 2, 2010 at 10:13 AM  

Salam..
Selamat Menyambut Hari Lahir!
Semoga panjang umur dan diberi keberkatan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Rush IswaraKu January 2, 2010 at 10:49 AM  

Salam Prof.

Selamat Menyambut Hari Lahir!
Semoga panjang umur dan diberi keberkatan oleh Allah di dunia dan akhirat.

A Mum Of Three Mohd January 2, 2010 at 12:23 PM  

Salam Dr,

Happy Birthday!!

Semoga Allah SWT panjangkan usia dan berkati Dr dengan kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.

Idalara January 3, 2010 at 3:36 PM  

salam Dr Prof
selamat menyambut hari bertambahnya usia..kbtlan sama dgn pegawai@kwn baik sy di pejabat..dia rasa cepat sgt rasa tua sbb jatuh awl tahun..
mudah2an dr dilimpahi rahmat,diberkati,dipanjangkan usia dalam kesihatan dan bertambah amal ilmu dan berbahagia dunia dan akhirat.

Pengasas January 3, 2010 at 9:01 PM  

W'salam!

Mamamat,
ISA,
RadenTani,
KLCitizen,
Pojan,
Shaniza,
RushIswaraKu,
M3M,
Idalara,

Terima kasih atas doa kebaikan untuk saya. Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq serta hidayah Allah.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP