012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Landak Rendang

>> 20.9.11

Sumber gambar dan cerita

Hari ini, Selasa, bersama blogger ISA. Sarapan di Alam Jaya.
Kemudian, ke nurseri anggur di Bukit Cerakah.

Jam 10.45, ke Sekinchan untuk berurusan. Singgah di kampung
saya sekejap. Kemudian ke Selera Rimba di Sungai Panjang.
Kami rasa ayam hutan goreng dan landak masak rendang.
Wow, memang sedap, nikmat dan lazat.

Semasa balik, singgah pula di restoran kedua Selera Rimba
iaitu Lembah Bernam di kampung saya. Kami order masakan
yang sama untuk keluarga di rumah.

Selera Rimba: 016 3160 344 (Hamka Jaafar)(Abang)
Lembah Bernam: 017 285 8603 (Karim Jaafar) (Adik)

8 comments:

Unknown September 20, 2011 at 10:25 PM  

Assamualaikum Dr.

Memang daging landak sedap tetapi agak banyak lemak.

Kali terakhir makan daging landak ketika berburu di hutan belum. agak lama dulu.

Rasanya kalau tersampai ke selangor nak pergi juga ke restoran tu.

Pengasas September 20, 2011 at 10:32 PM  

W'salam MD,
Ha, bila sampai nanti call saya. Lembah Bernam tu kira-kira 2.5km dari rumah ayah saya.

roslaini saad September 20, 2011 at 10:43 PM  

tuan..nasib tak mengidam...kalau tidak jenuh juga kena cari daging landak ni...nampak sedap...kena pula dimasak rendang.. kalau dicicah dengan lemang ni...mesti sedap.

Anonymous,  September 21, 2011 at 1:29 PM  

Assalamualaikum Dr.

Sedap nampak rendang landak tu. Tak pernah rasa. Pernah makan pelanduk dan kancil jer.

Teringin jugak nak rasa ayam hutan tu.

MOH KEMBARA September 21, 2011 at 1:31 PM  

Salam Prof,

wow makan tak ajak! Tapi harus saya tak berani makan landak ni, tp rendang tu nampak sedap!

Pengasas September 25, 2011 at 11:56 AM  

Salam Roslaini,
1. Selera saya kata sedap daging landak rendang.
2. Kata orang, kalau pengidap lelah bagus makan daging ni. Wallahu a'lam, saya tak ada sakit lelah.

Pengasas September 25, 2011 at 12:01 PM  

W'salam Kunang-kunang,
Ye ke ... Elok juga dirasa walaupun sekali. Sedaappp ...
Ayam hutan memang sedap dan manis-manis ... Almaklum, ori punya ... lebih sedap dari ayam kampung ...

Pengasas September 25, 2011 at 12:04 PM  

W'salam Halima,
Macam mana nak ajak ... saya pun diajak oleh ISA ...
Sedaaapppp ...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP