012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Pangkat dalam keluarga

>> 2.9.11

Solat raya dengan anak dan menantu di rumah. Anis tak balik.
Dia, isteri dan anak-anak beraya di Melaka. Sebelah mertua dia.
Dzul kena kerja. Tak cuti.

Lepas solat kami balik kampung. Dari rumah ayah kami bergerak ziarah
para bapa-sedara dan ibu-sedara. Antara mereka lebih muda dari saya
tapi berpangkat tinggi dalam keluarga. Mereka semua adalah adik-adik
almarhumah emak. Emak saya adalah yang sulung.
Maghrib, kami balik ke rumah.

Raya kedua, Farid bergerak ke Kelantan. Ke rumah mertua dia. Tahun
lepas dia tak cuti. Saya melayan tetamu di rumah. Keluarga dan kawan-
kawan yang muda datang ziarah. Begitu juga di hari raya ketiga.

Raya ke empat, sedara-mara dari jauh bagitahu nak datang. Saya kena
tunggu di rumah. Begitulah adat orang yang dah tua. Tunggu orang-orang
muda datang. Masa kita muda dulu, kita yang ziarah orang-orang yang
lebih tua.

Besok, raya ke lima, ipar kenduri kahwinkan anak. Lusa, kami pula
ke Kelantan. 10 September ada kenduri kawin di kampung. 11 September,
sepupu pula kenduri kawinkan anak.

Hhmmmmmmmmm, bila nak rehat ni?
Demikianlah adanya!

6 comments:

Unknown September 2, 2011 at 12:50 PM  

Assalamualaikum,selamat hari raya Dr.
Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam RahmatNya.

Anonymous,  September 5, 2011 at 12:15 AM  

Assalamualaikum Dr.

Selamat hari raya semoga gembira dengan tetamu2 yang datang.

Saya juga berasa di Shah Alam saja tahun ni tak balik kampong. Kesihatan suami kurang mengizinkan. Tak aperlah Shah Alam pun kampong saya jugaklah kiranya.

azzad September 7, 2011 at 10:05 AM  

jom ronda-ronda ke jakarta, bandung,bogor dan puncak 5H4M Pakej RM 1350 jer

atau kita p roda thailand 8H7M juga RM 1350 jer

hubungi azzad69@gmail.com

Pengasas September 7, 2011 at 9:02 PM  

W'salam Ijoks,
Terima kasih kerana mendoakan. Selamat hariraya, maaf zahir batin.

Pengasas September 7, 2011 at 9:05 PM  

W'salam Kunang-kunang,
Selamat hariraya, maaf zahir batin. Terima kasih kerana mendoakan.
Saya balik kampung kerana ziarah ayah. Kalau bukan kerana ayah belum pasti saya balik kampung. Saya anak sulung dari ibu yang juga sulung.

Pengasas September 7, 2011 at 9:06 PM  

Salam Azzad,
Terima kasih kerana sudi singgah ke sini.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP