012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Rumah Terbuka suatu bid'ah dan buang masa ...?

>> 26.9.11

Sepanjang bulan Syawwal penuh dengan jemputan ke rumah terbuka.
Ramai sungguh yang buat rumah terbuka. Mereka ini jemput
ramai sanak saudara dan rakan taulan supaya datang. Kalau
tak datang tak patut. Kita yang dah tua ni pun terpaksa
terhegeh ke sana terhegeh ke situ menunaikan jemputan.

Kebanyakan rumah terbuka menyediakan makanan biasa sahaja.
Seperti soto, nasi impit dan sedikit lauk-lauk. Lepas makan,
bersalaman, kemudian bersurai, balik. Tujuan mengadakan
rumah terbuka tak begitu jelas. Seolah-olah mengadakan rumah
terbuka itu sebagai tiru-tiru sahaja atau saja-saja nak buat.
Mungkin ada orang yang lapar soto atau geraguk nasi impit.

Paling menyampah, ada juga tuan rumah sedang berpuasa enam.
Tak hormat langsung pesanan Rasulullah.

10 comments:

MOH KEMBARA September 26, 2011 at 8:19 PM  

Salam Prof,

Mana ada buang masa Prof, makan2 tu kan best!

Manjungmari September 26, 2011 at 9:25 PM  

Salam....

Pada kuliah diManjung pada 11/9 yang lalu, isu ini ana ada bersuara pada Ustaz Tarmizi Abd rahman, selepas habis kuliah,, tak nak soal waktu soal jawab, kang jadi isu sensitif, .. jawab si UStaz bila ana tanya bidaah ke tidah, tersengeh Ustaz jawab, Bidaah....

Cadang nak tulis juga dalam blog, tetapi bila dok perati balik, Orang-orang PAS termasuk pimpinan pun pulun sekali,,, jadi diam aja ala...

Krongthip Mahalakorn September 27, 2011 at 1:19 PM  

Bila orang berfikiran Jumud ditambah lagi mengikut ajaran yang menjumudkan fikiran dan menyempitkan dada maka bermacam-bermacam persepsi
bodoh dikemukakan bagi tujuan menyesatkan umat. Title Ustad ke Proffessor ke kalau kena vitus ni pasti bodoh jadinya.
Soal Rumah terbuka budak sekolah rendah tahu faedah dan hikmahnya.
Inilah golongan WAHHABI SESAT yang MENYESATKAN. Saya heran golongan ini merasakan mereka mengamalkan kebenaran tapi sesungguhnya merekalah yang menyesatkan. Guru mereka Ibnu Wahab budak balaci @ khadam Puak Keluarga Saud menjadi orang suruhan Hampher dan Hampher.
Seluruh Ulama'ASWAJA sezaman dan selepasnya termasuk ayah dan saudara kandungnya menentang ajaran muhammad abdil Wahab, alih2 puak bangang Malaysia mengagongkannya. Bidoh punya Wahhabi.

Aliaaa :) September 27, 2011 at 5:43 PM  

kebaikan rumah terbuka:
1.Mengeratkan silaturahim antara tuan rumah dengan jemputan.
2.kesempatan berkenal-kenalan dan bermesra-mesraan dengan kenalan serta jiran tetangga.Maklumlah orang sekarang mana ada masa nak borak-borak sesama jiran.
Ini antara kebaikan rumah terbuka yang boleh diberi oleh budak sekolah rendah darjah 2.

Pengasas September 27, 2011 at 8:29 PM  

W'salam Halima,
Betul tu, bagi sesetengah perut ...

Pengasas September 27, 2011 at 8:31 PM  

W'salam ManjongMari,
Antara kejayaan Iblis ialah meyakinkan manusia supaya bermati-matian mempertahankan bid'ah; dan pada waktu yang sama bermati-matian juga menolak saranan sunnah.

Pengasas September 27, 2011 at 8:34 PM  

Salam Krongthip (mungkin anda muslim),
Benar tu ... Wahabi Melayu bermati-matian mempertahankan bid'ah dan bermati-matian juga menolok saranan sunnah. Itu sebab taraf profesorship mereka hanya profesor kangkung ...

Pengasas September 27, 2011 at 8:36 PM  

Salam Aliah,
Terima kasih kerana beri pandangan ... Mudah-mudahan tahun depan naik darjah 3 ...

Anonymous,  September 28, 2011 at 2:00 PM  

Assalamualaikum Dr.

Pada saya mengadakan rumah terbuka supaya memudah tuan rumah penat sekali sahaja.

Maklumlah sekarang ni kalau tak dijemput secara rasmi kawan2 tak nak datang rumah takut kita tak ready atau kita tak ada di rumah.

Pengasas September 28, 2011 at 7:26 PM  

W'salam Kunang-Kunang,
1. Yang buat rumah terbuka yang muda-muda. Yang dijemput ialah pakcik-makcik. Bila pakcik-makcik dah datang, yang muda-muda tak ziarah pun rumah pakcik-makcik.
2. Hikmah raya ialah kita PERGI ziarah, terutama terhadap yang tua (umur atau ranking), bukan JEMPUT atau SURUH orang datang. Ada implikasi pada hukum dan akhlaq islamiyah. Itu kalau nak raya secara agama laaa ...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP