012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Niaga, Tolong dan Beribadat

>> 7.9.11

Jam 9.05 pagi, 4 September 2011, kami bergerak ke Kelantan.
Sampai di Bentong, kenderaan dari arah hadapan (bertentangan)
dah mula penuh. Banyak yang tak boleh bergerak. Kesesakan kenderaan
dari arah hadapan berterusan hingga ke Gua Musang. Saya fikir,
kenderaan di jalan Bentong - Gua Musang, semasa perayaan, lebih
banyak dari kenderaan di Plus KL - Pulau Pinang.

Sampai di Kuala Kerai kami anak-beranak menginap dalam kampus Pusat
Latihan RISDA. RM150 untuk 4 bilik dengan 12 katil. (Gambar atas).
Anis anak-beranak dan Farid anak-beranak juga menginap di sini.
Pada 5 Septembar, dari sini kami ke rumah pengantin perempuan.

Jam 5.00 petang, kami berempat sahaja bergerak ke Kubang Kerian.
Farid, isteri dan anak-anak mereka bergerak ke Tumpat. Anis, Lily
dan anak-anak balik ke Selangor.

Kami berempat sewa hotal bersebelahan USM dan HUSM. Wow, sungguh
murah. RM69 untuk empat tilam. Saya tanya kaunter kenapa murah?
Dia jawab: Tok Guru surah sewa murah untuk orang yang berhajat.

Semasa ke Kota Bharu dalam bulan Julai lepas kami sewa hotel
bersebelahan padang Masjid Kota Bharu. Di situ pun murah juga.
Bila saya tanya kenapa murah? Jawapan kaunter di situ serupa,
iaitu: Tok Guru surah sewa murah untuk orang yang berhajat.

Fahamlah saya inilah yang dikatakan:
Niaga, Tolong dan Beribadat. Dapat Berkat.

6 September, pagi, ke USM. Daftar Fawzan belajar perubatan.
Siap daftar jam 11.00. Kami terus bergerak pulang ke Bukit Kapar.
Tak tunggu taklimat. Bukanlah menyombong, tapi taklimat itu
biasanya untuk ibu-bapa yang mendaftar anak pertama dan
mengenai kehidupan di universiti.

Dalam perjalanan, kami berhenti solat jama' dan qasar di Masjid
Pekan Bentong. Sampai di rumah jam 8.32 malam.

4 comments:

MOH KEMBARA September 8, 2011 at 9:31 PM  

Assalamualaikum Prof,
Pe kabor? Dah pulih mata 100%? Waaah sambil antor anak sambil melancong ke tempat yg murah. Semoga biznes deme bertambah maju!

jamiri September 9, 2011 at 7:52 AM  

Salam Dr.Wahab, Semoga diperolehi kesihatan yang baik seisi keluarga hendaknya...Amin..Amin

Pengasas September 11, 2011 at 5:41 PM  

W'salam Halima,
Ngantor anak belajor. Kewajipan.
Selamat Eid Mubarak. Maaf zahir batin.

Pengasas September 11, 2011 at 5:43 PM  

W'salam Jamiri,
Tak balik ke Klang raya tadi?
Selamat Eid Mubarak. Maaf zahir batin.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP