012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Anak Ayam Kampung

>> 17.3.10

Semasa saya masih kecil, emak dan ayah bela banyak ayam dan itik. Ayam dan itik dibela dari kecil. Dilupuskan (dijual atau dijadikan lauk) setelah bertelur.

Setiap pagi, saya buka pintu reban supaya itik keluar dan cari makan dalam sawah atau dalam parit. Biasanya, saya akan mengutip telur dan basuh, kemudian disimpan dalam bakul.

Waktu tengahari, mengutip telur ayam di merata tempat, sekitar rumah. Telur ayam tak perlu dibasuh. Telur ayam boleh dijadikan susu ke dalam teh atau kopi. Ayah beli susu tin hanya dalam bulan Ramadhan sahaja.

Telur ayam dan telur itik dipilih oleh emak untuk dieramkan. Yang tidak terpilih akan dijual, dijadikan lauk atau dibuat kuih. Ketika itu, harga sebiji telur ialah 5 sen sahaja. Kebetulan harga gula ialah 15 sen sekati dan harga nasik lemak 10 sen sebungkus.

2 comments:

Reformis Jalanan March 18, 2010 at 7:41 AM  

slm. telur ayam boleh dijadikan susu? manis ke?

Pengasas March 18, 2010 at 10:42 AM  

W'salam RJ,
Telur ayam dipecahkan dan dimasukkan ke dalam teh yang sedang panas dan dikacau rata. Ia menjadi susu tetapi tidak manis.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP