Dosa orang yang berPuasa Enam Syawwal
>> 20.9.10
Di Malaysia ramai yang mengambil kesempatan berpuasa enam ini. Cuma yang jadi masalah ialah ada yang silap memilih hari. Ada yang memulakan puasa enam ketika hariraya masih segar dengan ziarah menziarahi.
1. Ada orang yang berpuasa enam tanpa meraikan tetamu yang datang berziarah. Tetamu dipelawa makan minum tetapi tuan rumah terus berpuasa.
2. Ada juga orang yang berpuasa enam berziarah ke rumah orang lain. Apabila dipelawa makan minum dia memberitahu yang dia sedang berpuasa enam.
Sedarkah kita bahawa menghormati tetamu dan meraikan perasaan tetamu atau tuan rumah itu adalah wajib (wajib: berdosa jika tidak dilaksanakan), sedangkan berpuasa enam Syawwal adalah sunat? Puasa enam boleh dilaksanakan pada hari-hari lain sepanjang Syawwal.
Rasulullah pernah menyuruh tetamu yang menziarahi sahabatnya supaya berbuka. " ...dia telah bersusah menyediakan makanan ..."
2 comments:
syukran..:D
kalau hari2 org dtg beraya dan menziarah tak pula boleh berpuasa. Dan tak boleh pula nak menziarahi org lain pulak. Apatah lagi org pompuan ada ABC (allah bg cuti) Apa pun tengok keadaan la..
Post a Comment