"Ertinya, saya hanya akan sempat berpuasa –insyaALLAH- satu hari sahaja bersama keluarga saya. Menurut hitungan cara klasik datuk saya (Tuan Guru Hj. Salleh) dan pengiraan saintifik cara moden ayah saya (Dr. Abdul Wahab Arbain), hari Khamis merupakan hari Raya Aidilfitri, kerana anak bulan sudah jelas kelihatan sebelumnya. Tidak tahulah pula bagaimana keputusan kaedah teropong pakcik saya (Sahibus Samahah Mufti Selangor), tentu hari Jumaat gamaknya. Inilah indahnya hidup di dalam keluarga yang di kelilingi ramai lulusan bidang agama; kita dapat menceduk rahmat perbezaan pendapat sesama mereka. Yang menjadikan perbezaan itu musibah sebenarnya, ialah tatkala sang ustaz menutup pintu kepada perbincangan sejak dari awal, hingga menimbulkan perseteruan, mencambahkan permusuhan. Dan inilah yang kita sering saksikan terjadi di luar sana."
Sedutan dari sini.
5 comments:
Tersangat suka dengan pendapat ini. Perbezaan pendapat itu rahmat sebenarnya...
prof, boleh kita kongsi apa agaknya doa yang selalu diamalkan oleh ayah tuan terhadap anak cucunya? hingga anak cucunya kini berada pada tahap ini. Mohon dikongsikan amalan yg baik ini utk kebaikan kita umat islam seluruhnya.
Salam Azarni,
Rahmat bukan dalam semua hal.
Salam APU,
Kita ikut sirah para Rasul dan Nabi:
1. Pendoa yang amat makbul untuk seseorang anak ialah bapa, kemudian, ibu dan anak itu sendiri.
2. Ambillah mana-mana doa yang diajar oleh Allah dalam al-Qur^an atau al-Hadith.
Tiada insan yang paling berhajat untuk kebaikan itu selain bapa, ibu dan diri sendiri.
Dalam hal teranghati, etc. eloklah kita tinggalkan amalan memohon doa dari orang lain. Kita disuruh atau diwajibkan supaya berhubung terus kepada Allah.
"Serulah Allah, kerana Dia terlalu hampir ...."
terima kasih banyak banyak prof atas ilmu bermanfaat yg kongsikan, moga kita peroleh kebaikan darinya.
Post a Comment