Sayang, ketinggalan sehari ....
>> 3.9.10
Pukul 9.00 pagi terus ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan ke atas najis. Setelah diperiksa, sah bukan keracunan makanan. Tiada jangkitan dan tiada masalah selain dari kecairan. Ubat dan garam dibekalkan oleh doktor.
Sampai di rumah, bertenang sambil berfikir. Kalau makan ubat dan minum garam, maka rugilah puasa hari ini. Bila tengahari, badan semakin lemah. Rujuk kepada ayat al-Qur^an yang bermaksud, "Dan jika kamu sakit atau musafir maka ulanglah dari mana-mana hari yang lain ...." dan "Janganlah kamu campakkan diri kamu ke arah kebinasaan ..."
Maka saya bertawakkal makan ubat dan minum air garam. Alhamdulillah, tenaga mulai pulih dan ceret-beret mulai berkurangan. Sayang, ketinggalan sehari. Kuasa dan ujian Allah adalah untuk kebaikan hambaNya.
6 comments:
Saya pernah baca hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam berkata 'derhaka derhaka' kepada sekumpulan sahaat kerana masih berpuasa walaupun beliau sendiri berbuka puasa ketika itu musafir.
+SEMOGA SAHAJA CIRI ITU ADALAH KOTORAN TUBUH AKIBAT DARI APA YANG KITA MAKAN YANG KITA TAK SEDAR SUMBER MAKANAN ITU TERKOTORI SUMBER SUBHAT ATAU KURANG HALAL..DENGAN ITU BADAN KITA MENJADI SUCI KEMBALI AKIBAT SAKIT TERSEBUT.. SEMALAM JUGA SAYE SUDAH KETINGGALAN SATU HARI AKIBAT SAKIT BEBERAPA HARI..NICE INFO PROF TQ
Semoga Allah memberikan Doktor kesihatan dan dapat terus berkarya menebar ilmu dan kebajikan.
Allah yubarik
Salam Mangchikla,
Benar. Hukum Allah adalah maha rahmat.
Salam BMS,
Allah maha hebat dan maha pengasih. Apa yang dilakukan ke atas kita adalah kebaikan dan rahmat.
Saya merasa amat selisa selepas itu. Sampah sarap dalam perut selama setahun telah dibersihkan. Begitulah ibaratnya.
Salam Anis,
Sama nama dengan anak saya.
Terima kasih atas doa kesihatan untuk saya. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah.
Post a Comment