Badan Hitam Berdada Putih
>> 28.2.09
Boleh dikatakan setiap hari, semasa emak masak tengahari ayah akan bawa denak ke dalam semak sekitar rumah. Beberapa minit kemudian ayah dah dapat dua-tiga ekor wak-wak untuk dijadikan lauk. Bila kampung dah jadi belukar, denak itu terbang jauh dan tidak pulang. Kami sekeluarga sedih, tapi redha.
Dalam tahun 1954 - 1958, kampung dah mulai jadi sawah. Saya selalu memasang jerat dan jebak wak-wak. Tiap-tiap hari dapat dua-tiga ekor. Begitu mewah dengan wak-wak ketika itu. Sekarang, hanya kenangan.





Sumber gambar:
1. http://ms.wikipedia.org/
2. http://www.flickr.com/photos/diyanakamaruzaman/2727029171/
3. http://ceritamerapikaku.blogspot.com/2008/12/wak-wak-bukan-wak-jiji.html
7 comments:
Salam Dr.
Dr. memang pandai bernostalgia, lupa sekejap isu "celaka" dan "politik".
Saya dahulu kerap juga memasang jerat wak-wak, kadang2 dengan cara "memanggil" wak-wak.
Dah lama tak makan daging burung ni... teringin la pulak... amacam Dr. ada idea untuk projek menternak burung wak-wak pula ke?
Dr Abdul Wahab Arbain
Ingatkan anu...
Roper nye, burung ye?
Salam Dr
Masa umur belasan tahun dulu, teman selalu ngikut Pak Itam mikat wak-wak dalam hutan kaki bukit. Tengah malam pulak tu. Subuh baru balik. Terus kayuh basikal 7km pegi sekolah. 2 orang jer yang boleh ngikut Pak Itam. Kerojer kami gantung dan turunkan kelambu. Pak Itam duduk dalam kelambu. Pak Itam tiup serunai buluh bunyi macam wak-wak. Apabila lebih 10 ekor wak-wak liar kerumun Pak Itam, kami turunkan kelambu. Kemudian tangkap sekor demi sekor ..
Sekadar nolstagia .. citer kat anak-anak, deme tak dapat nak gambarkan.
Merepek abah ni ..
A salam Dr.Skali teman baca memang nostalgia.Dua kali baca nampak yang tersirat.Satu satirikal yang mat menarik.
Salam ayahnde Pengasas,
seingat saya kenangan masa kecik saya takde pasal wak-wak.. tp pernah makan wak-wak.. tapi kalo org tanya pasal mcm mana rupa wak-wak, memang tak tau.. skrg baru le tahu, bdn hitam dada putih.. itu rupernya wak-wak.. mekasih ayahnde...
Salam dr..
Teringat burung wak2 kat belakang kolej delima 3 di itm shah alam...
Waktu tu belakang kolej masih lagi berhutan sawit dan kolam renang belum dibuat.
Wa'alaikumussalam,
ISA,
Kalau nak makan mungkin ada... ish, hati-hati orang margasTUA.
Zubli,
Burung ni memang sedap...
Mamamat,
Di kampung saya disebut "mendekot"..
IbnHamzah,
Kusut ke yang tersirat tu...
KakYong,
Sekarang ni RM3.00 sekor wak-wak.. ish, orang margasTUA..
NikFauziah,
Sekarang ni semak tu dah tak ada.. wak-wak pun takut..
Post a Comment