012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Cara Merokok Yang Islamik?

>> 15.2.09


Bila melayari beberapa blog yang menyiarkan berita TGNA mengajak orang ramai, khususnya rakyat Kelantan, supaya berhenti merokok maka teringat saya akan suatu perbualan antara saya dengan seorang sahabat bernama al-marhum ustaz Hussin Unang. Ketika itu kami sedang makan malam di Malaysian Hall, Birmingham, England.

UHU: Wahab! Enta tahu tak cara merokok secara Islam. Orang sekarang kata Islamik.

Saya: Tak tahu. Mungkin merokok di masjid atau ketika pakai kopiah!?

UHU: Ana tengok orang sekarang ni merokok tak Islamik! Tak ikut cara Islam!

Saya: Buktinya?

UHU: Ada dua perkara yang tidak dilakukan oleh penghisap rokok!

Saya: Maksud enta?

UHU: Pertama: Mereka mulakan hisap rokok tanpa membaca "bismillah". Itu tak Islamik.

Saya: (Mengangguk, mengiyakan). Kedua?

UHU: Kedua: Mereka mengakhiri hisap rokok tanpa membaca "alhamdulillah". Itu pun tak Islamik.

Saya: (Mengangguk, mengiyakan). Jadi?

UHU: Jadi, tak Islamiklah. Itu sebab ana berhenti merokok.

Saya: (Mengangguk, mengiyakan. Dalam hati bertanya: Bila pulak dia ni merokok? Setahu saya dia tak pernah merokok)

3 comments:

Anonymous,  February 15, 2009 at 3:04 PM  

Wakakak !!!

ISA February 15, 2009 at 11:04 PM  

Salam Dr.

Adusss.... pening kepala ni....

Samudera Tinta February 16, 2009 at 10:46 AM  

Salam Dr,

Untuk perokok tegar berhenti merokok memerlukan 'kejutan' yang besar.

Contohnya, ayah saya yang dulunya perokok tegar. Sukar berhenti. Namun, selepas terkena demam denggi dan masuk wad selama 2 minggu, beliau terus berhenti.

Itulah kejutan yang saya maksudkan. Dan demam denggi itu benar2 rahmat Allah buat ayah saya. Meninggalkan perkara yang haram.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP