Cerita Ikan Haruan Dan Ikan Sepat
>> 22.2.09
http://kakyong72.blogspot.com/2009/02/proses-ikan-haruan.html
Saya lebih suka makan ikan darat dari ikan sungai atau ikan laut. Antara yang lebih diminati ialah ikan haruan dan ikan sepat.
Semasa kecil, tahun 1954 - 1958, selepas balik sekolah saya memancing ikan haruan di sawah. Biasanya dapatlah lima-enam kati sepetang. Sebelum maghrib, almarhumah ibu proseskan untuk dijadikan ikan kering dan sedikit ikan wadi (pekasam). Bayangkanlah kalau seminggu berapa banyak saya dapat. Sesekali pasang taut sampai dua puluh bilah.
Masa tu, saya hanya bersekolah Melayu sebelah pagi. Bawa bekal nasi dalam daun pisang. Tak pernah bawa duit. Kalau nak juga bawa duit, kena jual ikan haruan kering. Harganya ialah antara 20 - 40 sen sekati.
Masa cuti sekolah, saya menjala ikan. Dari pagi hingga petang. Kadang-kadang dapat sampai sepikul (100 kati) sehari. Kebanyakannya ialah ikan sepat. Sambil menjala, peraih berbasikal datang beli dengan harga 10 sen sekati. Kalau 100 kati x 10 = ?. Boleh kira mewahlah zaman tu.
Bila saya merantau menuntut ilmu, dah tak jumpa ikan haruan dan tak jumpa ikan sepat. Di Mesir, memang tak jumpa haruan atau sepat. Dah jenuh cari. Semasa di England, pernah beli seekor ikan haruan beku, khabarnya dari Thailand. Tapi rasanya pun dah beku.
5 comments:
salam Prof...bila cerita pasal ikan darat...rindu pulak rasa dengan ikan2 macam tu....ada beberapa lagi ikan darat yang susah nak jumpa atau mungkin sudah pupus seperti bujuk dan mamoh (rupa seperti keli...kepalanya pendek sedikit...rasanya masyAllah susah nak cerita sedapnye)
Saya ada soalan dengan prof...ikan sungai sebagai contoh ikan jelawat,lampam dan tenggalan yang dibela di dalam kolam adalah berbeza rasanya berbanding dengan rasa ikan sungai yang asli. Contoh seperti ada rasa rumput. Maka bagaimanakah kita hendak menghasilkan ikan kolam yang sedikit sebanyak mempunyai rasa seperti ikan sungai asli atau kurang rasa rumputnya.
Terima kasih
Salam kembali Zikri,
Subhanallah, sedapnya rezeki yang Allah kurniakan kepada hambaNya.
Yang dah nak pupus tu elok difikirkan cara nak biakkan. Supaya orang lain dapat menikmatinya. Saya tak sempat kenal dengam bujuk dan mamoh tu. Teringin saya nak tengok dan merasainya.
Ikan sungai memang sedap belaka. Tapi saya kurang dapat pendedahan. Maklumlah anak kampung yang asli. Ayah saya dulu meneroka hutan hingga jadi kampung. Dan beliau sahaja yang masih ada hingga sekarang. Kawan-kawan dah meninggal. Dan di kampung saya tak ada sungai.
Mengenai soalan Zikri tu tak dapat saya jawab. Saya memang jahil menganai hal-hal ternakan ikan. Namun, saya percaya tentu ada caranya. Mungkin kita boleh bincang dengan pensyarah universiti dalam bidang berkenaan atau dalam bidang kajian samudera, barangkali.
Tentunya, yang asli lebih istimewa dari yang tiruan.
Eh, macamana nak masuk blog Zikri?
Salam Ayahnde Pengasas..
pasal foto tu takde masalah..
salam kembali dan salam perkenalan dgn prof....kalau tak silap saya kawasan paya seperti di sungai manik, tali air sepanjang drp kampung gajah menghala ke teluk intan mungkin ada dua spesis yang saya nyatakan. Bujuk rupanya seperti ikan haruan...kalau tak silap kepalannya agak membulat....saya dapat maklumat kesedapannya drp maklumat majalah joran dan drp rakan...saya makan ikan mamoh itu pun sebab ayah mertua (umur dalam 76thn)bagi tau ikan nih susah nak jumpa dan sedap...masa tu memang bertuah sangat terjumpa kat pekan parit...kalau prof nak ikan sungai yang fresh dan yang susah nak jumpa....seperti temoleh,kerai,jelawat,tenggalan,kelabau etc boleh la jalan2 ke pasar tani kuala kangsar atau dipekan parit (8.30 ke 10pagi)
Maaf prof...saya tak pernah activekan blog saya....saya cuma ada ruang gambar2 dlm web multiply
http://zabadyvz.multiply.com/
teriam kasih
salam perkenalan...
saya pun suka makan ikan bendang ni. dulu masa kecik2 selalu makan ikan sepat ronggeng tp sekarang ni memang dah tak jumpa ikan sepat ronggeng ni. dah pupus kot. bendang pun dah makin cetek tak mcm dulu.
kalau terasa nak makan ikan wadi boleh le mai melawat blog ni
http://ciktipahcyber.blogspot.com/
Post a Comment