Atas, ialah gambar rumah al-marhum datuk saya. Kini, setelah melalui proses faraidh, dah jadi milik pakteh. Sudah dinaik-tarafkan. Papan dinding sudah bercampur dengan yang baru. Hanya kayu tiang sahaja masih yang lama. Mungkin sudah berumur lebih dari seratus tahun. Tiang buatan tangan datuk saya sendiri.
Di rumah inilah saya dilahirkan. Alamat dalam surat beranak: Parit 1 Timur, Sg. Besar, Sabak Bernam, Selangor. Persekitaran rumah ini sudah banyak berubah. Sayang, saya tak sempat untuk bermenung atau bermalam di sini.
3 comments:
Selamat hari raya, maaf atas salah silap.
Prof ngapa dah lama tak up date blog kajian tentang pokok tamprate?
Rindu sangat dgn ilmu dan pengetahuan baru tentang tamprate...
salam tuan pengasas,
tempat jatuh lagi dikenang kan..
apa pun rumah tu memori.. lg kalau ada foto itam putih..
Salam Dr.
Yang ini pula kalau angin ribut, roboh tak....
ha..ha..ha....
Post a Comment