Fakta Solat Jamak Tanpa Musafir
>> 28.10.09
Imam Malik meriwayatkan, Ibnu 'Abbas berkata "Rasulullah solat zuhur dengan 'asar secara jamak dan maghrib dengan 'isyak secara jamak, bukan ketika takut dan bukan ketika musafir."
Muwattak, hadith 233.
Imam At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas yang berkata "Rasulullah s.a.w. menjamakkan zuhur dengan 'asar dan maghrib dengan 'isyak, bukan ketika takut dan bukan ketika hujan."
Tirmizi, hadith 781.
Imam Muslim meriwayatkannya melalui hadith 2661 dan 3661.
Banyak lagi kitab-kitab hadith serta kitab-kitab tafsir yang meriwayatkan perbuatan Rasulullah s.a.w. serta para sahabat begitu.
7 comments:
Asalamualaikum Dr. kalau ini berlaku maka kita pun boleh lah melakukanya atau ada ilat yang tertentu selain daripada musafir,takut ,hujan atau sebagainya.Pada saya kalau ramai yang tahu sudah pasti majoriti akan beramal dengan perkara ini,sebab..nak kata tidak boleh nabi pernah beramal dengannya cuma tidak selalu...atau cuba Dr bagi pencerahan sikit berkait perkara ini
salam,
benar, hadis ini memang ada. tapi ramai dikalangan kita tidak mengetahuinya. penganut syiah juga turut mempraktikkan amalan ini, walaupun tidak bermusafir.
salam tuan,
tentu ada alasannya kenapa nabi saw buat..
Jamak apabila tidak bermusafir:
1. Terperangkap dalam trafik.
2. Kerja yang harus disiapkan.
3. Kerana terlalu mengantuk
4. .....
Perkara-perkara diatas pernah ditanya pada ustaz, boleh ke dijamakkan solat bila terdesak...ustaz jawap belum pernah jumpa keadaan begini...jamak untuk musafir sahaja. Solat untuk menyenangkan umatkan bukan sebaliknya.
Saya rasa skop jamak perlu diperluaskan, contoh yang ada cuma panduan aje.
Wa'alaikumus-salam:
RushIswaraKu, ReformisJalanan, Aku dan Mudz!
Komen serta pandangan anda sungguh bernas.
Rumusan: Jika majoriti kitab hadith dah menyatakan itu amalan Rasulullah s.a.w., maka salahkah kita mengikuti sunnah. Malahan, Ibn Abbas menjawab soalan illah perbuatan Rasulullah "Dia tidak menghendakki kesulitan kapada umatnya". Maksudnya, bila kita merasakan sulit atau apabila patut atau perlu. Contohnya seperti yang ditulis oleh Mudz.
Sebenarnya, amalan Rasulullah ini bukan sahaja diikuti oleh golongan syiah tetapi juga oleh golongan sunni. Terutama di kalangan ulama yang hebat-hebat.
ada penjelasan lain mengapa Rasulullah berbuat demikian??
sebab,seolah2 solat menjadi perihal yang terlalu mudah je??
time kasih dr..
saya dah terbaca pasal hadith2 ni..tp cam confuse..cam nak solat istikharoh jek boleh ke x sebenarnya..kengkawan saya yg syiah mmg amal kan ni. apa2 pun ni bukan pasal sunni or shiah tapi pasal hukum yg benar..
Post a Comment