Begitulah Adanya!
>> 14.10.09
Selasa 13 Oktober 2009. Pagi lagi dah sampai Hospital Sg. Buloh. Makdatin ada janjitemu. Hospital ambil darah, setelah makdatin puasa sejak tengahmalam. Lepas ambil darah, Hospital suruh makan. Dua jam lepas makan ambil darah lagi. Maksudnya, ambil darah setelah berpuasa dan selepas berbuka, mengikut istilah perubatan.
12.30 tengahari, sampai rumah. Minum air kosong segelas. Terus ke pejabat pos, baharui rodteks Kembara. Balik, sampai rumah, buka komputer, cek email. Keluar dari pintu rumah nak ke Klang. Perut rasa sakit, masuk semula, ke bilik air. Keluar dari pintu lagi, nak ke Klang. Terlupa solat, masuk semula. Keluar dari pintu lagi, nak ke Klang. Terlupa handphone, masuk semula. Keluar dari pintu lagi, nak ke Klang. Terlupa kunci kereta, masuk semula.
Rabu, hari ini. Kemaskini dalaman Kembara. Dah lapan bulan tak guna. Panaskan enjin. Lekatkan rodteks. Petang nanti nak bawa ke car-wash. Lepas tu, nak ajak makdatin rayau-rayau.
Begitulah adanya!
6 comments:
Salam Dr...
berapa banyak keluar masuk da! :)
Kembara tu ok lagi kan? Kesian dia, lama sangat bertapa...
Salam...
Punyalah sibuk... sampai itu terlupa, ini terlupa,,, solat terlupa... tapi yang penting Mak datin kena jaga..... kang nanti tiduk kat luar....
Salam Tuan,
Ajak Mak datin rayau rayau .. class
Jangan terlupa bawak mak datin plak. Nahas kang. Wakakak !!!
W'salam KakCikSeroja,
1. Begitulah bila dah jadi warga-emas.
2. Kembara tu memang masih ok. Itu sebab sayang. Lagi pun, tak ada hutang.
W'salam ManjungMari,
1. Begitulah iktibar bila angka usia dah besar.
2. Makdatin? Jaga cukup oooo. Kalau kita tak jaga, kita akan lupa segala-galanya.
W'salam WartaMaya,
Merayau mestilah dengan makdatin. Kalau merayau sorang diri, nanti lupa balik rumah.
Post a Comment