Unsur TRINITY di kalangan Melayu?
>> 6.10.09
Melayu-Muslim selalu mengungkap slogan "Berjuang untuk agama, bangsa dan negara", atau yang sewaktu dengannya. Apabila mengucapkan slogan tersebut, maka terasa sungguh bersemangat dan merasa amat hebat. Tepukan tangan juga mungkin bergemuruh.
Sedarkah kita bahawa "untuk agama" itu, dalam konteks slogan, merupakan suatu pernyataan nurani tentang "pemisahan agama dari keseluruhan aspek kehidupan?". Ini adalah pernyataan "sekularisma". Begitu juga dengan "(untuk) bangsa". Ia suatu pernyataan yang dijelmakan dari hati yang "asabiyah sempit". Ini adalah suatu pernyataan "jahiliyah" yang sungguh lunak.
Dua perkataan itu sahaja pun, jika disatukan dengan perkataan "negara" dalam satu ungkapan slogan maka ia memenuhi ciri-ciri triniti dalam anutan kristianiti. Adakah ini boleh disenaraikan ke dalam contoh "syirik tersembunyi" yang dimaksudkan oleh Rasulullah?.
0 comments:
Post a Comment