Suami Hanya Sebagai Pembantu
>> 3.8.09
Tetapi, pada saya, cukup untuk saya menulis posting ini.
Biasanya, apabila anak-anak berjaya, maka tahniah yang diberi
ialah banyak kepada bapa. Dalam hidup saya juga begitu. Namun,
pada fikiran saya, yang paling berhak menerima tahniah itu
ialah ibu. Bapa hanya sekadar tumpang toi saja.
Cuba kita kira betul-betul sejak dari mengandung. Hanya ibu yang
berkurban. Bapa tidur lena. Bila melahirkan, hanya ibu yang bergadai
nyawa. Bapa hanya senyum bangga. Semasa berpantang, hanya isteri.
Suami lepas bebas.
Semasa anak kecil, yang 100% concern
ialah isteri. Suami tolong, apabila diminta. Setengah suami langsung
tak boleh diharap. Bancuh susu pun tak ikut sukatan. Saya, semua anak
menyusu pada ibu. Langsung tak tau bancuh susu.
Bila anak-anak membesar dan bersekolah, ibulah yang bising tapi
bersabar. Bapa hanya tengking. Ada juga yang tempeleng. Bagi diri
saya sendiri, pagi-pagi dah keluar. Balik rumah, lewat petang dan
selalu juga lewat malam. Kalau out-station lagi lah.
Walaupun kami berkelah setiap minggu atau 2 minggu sekali, yang
menguruskan ialah isteri. Saya menolong dari aspek kewangan sahaja.
Spiritual, isterilah. Bila mengajar Quran, isterilah yang paling
tekun. Kena giliran saya, kadang-kadang kena cuti, isterilah
yang ganti.
Saya fikir, sebaik-baik suami pun, belum cukup markah untuk terima
tahniah kerana berjaya mendidik anak. Saya dah cuba jadi ayah yang
terbaik, tapi masih tak cukup markah. Itu sebab, sekarang ini, apa-apa
yang berkaitan dengan kejayaan anak, saya paskan kepada isteri.
Kadang-kadang, anak-anak nak beri hadiah. Tapi mereka dah tahu,
abah tak nak terima hadiah. Kerena, pada abah, hanya emak yang
layak terima hadiah dari anak-anak.
Ya Allah, ampunilah daku kerana tak cukup markah untuk
menyaingi isteriku mendidik anak-anak!
14 comments:
salam...prof,
peranan isteri dalam rumah tangga sangat penting Dr.penentu kejayaan dalam sesebuah keluarga, disamping peranan suami mencari nafkah untuk menyara keluarga..
syabs buat Dr.
p/s: tq kerana Dr perkenalkan ahli keluarga Dr. (2 orang adik, 1 ipar)
Salam Dr...
Memang setuju sangat2 dengan catatan Dr ni... Suami tahunya bising tambah2 bila badannya letih - Ibu juga yang menjeruk rasa demi anak2 yang disayangi....
ye kadang2 aku menangis seorang bila mengenang ketidakadilan ni.Bila kite merungut dia kata kita tak ikhlas ,telan sajelah.
Salam Dr.
Jika mengikut ilmu nikah, suamilah yang sepatutnya menanggung segala tanggung-jawab.
Isteri sebagai Permaisuri dan kilang melahirkan anak sahaja. Cumanya atas dasar timbang-rasa dan perkongsian maka para isteri pun sama2 menanggung tanggung-jawab tersebut.
Dan itu adalah bonus kepada mereka, kelebihan ganjaran yang ALLAH sebutkan.
(Jangan salah faham dengan apa yang saya perkatakan, sebagai renungan kepada semua suami).
Moga kita semua dikurnia anak soleh yg mendoakan ibubapanya, moga juga dikurnia zuriat ulama pewaris perjuangan para nabi.
Salam Prof,
Rasa2nya ini semua bergantung kepada pendidikan ibubapa kepada anak2nya..klu dari kecil sampai besar tak pernah suruh anak tlg buat kerja rumah..dah kawin nanti pun mmg susah sikit nak mendidik nie..
Apapun tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu..
Bertuahlah mana2 isteri yang mendapat suami yang memahami kesukaran menjadi seorang isteri dan ibu..
kebanyakan lelaki mementingkan ego..betol x? Kalau ikutkan kerja2 rumah mmg tanggungjawab suami kn??? kalau xsilap la..tp apa yg penting..kerjasama(ambil dari kartun wonderpet)
Kalau kita lihat pada anak-anak kita dan kita sendiri sebagai bapa bila pulang kerumah siapa ya yg akan kita tanya dulu.
Anak : Mak ada .
Kalau tiada mereka akan merungut.
Bapa : Bila balik rumah ditanya mak kau mana?
Kalau tiada bapa pun merungut.
Maka semuanya memerlukan sentuhan dan kasih dari ibu dan isteri. Bertuahlah isteri dan ibu yg mengetahui bahawa semua org memerlukannya.
betul2 saya adik bradik 10org . ayah driver lori .duk umah seminggu tu brape hr je . selebihnye duk travel.. kene pggil guru ibu yg gi ayah x penah pergi...hal rumah sekolah, berleter semua ibu , ibu keje menoreh balik tu kene masak tuk anak nak makan tuk balik sekolah lak.. sekarang ni dah berumah tangga baru la rase cmne letih nye melayan kerenah anak.. bukan nak kate ape mmg tu la hakikat nye pengorbanan seorang ibu...bak senikata lagu ni :
ibu mithali ibu yg sejati..
kasih sayangmu kasih yg suci...
pengorbananmu disanjung tinggi..
jasamu tetap disanubari..
Rindunye kat mak dah berbulan x balik kpg... uwaaaaaaaa
Salam Dr. Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr... Isteri saya juga memilih untuk tidak bekerja kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak :).. kesannya anak-anak lebih mesra dengan ibu.. tapi kalau time nak 'jalan '..... anak-anak automatik akan jadi mesra dengan ayahnya.
Sokong sangat dengan pandangan dan pendapar dr...
W'Salam untuk semua:
AnakLaut,
Isteri adalah ratu rumahtangga. Kemuliaannya adalah kemuliaan suami dan anak-anak.
KakCikSeroja,
Isteri letih bekerja, suami yang rehat baring atau menyandar baca surat kabar.
HabsahSarman,
Akhir zaman ni, suamilah banyak berdosa kerana tak tahu tanggungjawab. Ek sangat.
Isa,
Dalam syari'at, isteri memang berhak jika dia minta bayaran kerana menyusukan anak kita.
AnakPakUtuh,
Untuk mendapat anak yang soleh, bapa tu dulu mesti soleh dalam rumahtangga.
Zai,
Ibu-bapa mesti improve diri sendiri untuk menjadi contoh kepada anak-anak.
N@M@N,
Betul tu. Banyak suami yg ek tak ikut hukum.
AbuMuaz,
Benar. Itu sebab Rasulullah sebut "..ibu kamu, ibu kamu, ibu kamu".
Moy,
Tiada manusia yang benar-benar sayangkan kita selain ibu dan ayah. Walaupun cara mereka, kadang-kadang, kelihatan macam mengabaikan kita.
Saifun,
Masa baru kawin dulu, saya juga izinkan jika isteri hendak keluar bekerja. Tapi, bila bincang betul-betul, isteri memilih untuk menjaga sendiri anak-anak. Itu sabab saya hanya sebagai pembantu sahaja.
DinBinjai,
Isterilah yang memberi kebahagiaan kepada kita.
salam Dr
apa pula wanita seperti saya? seorg ibu dan seorg ayah buat anak2..tentu amat mencabar..
pernah satu masa maruah sy sebagai seorg isteri diletak ditahap yg paling rendah..sedihnya..
hargailah isteri anda semua!
Post a Comment