012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Bulan Ulamak Dan Bulan Artis

>> 25.8.09

Dalam bulan Ramadhan ini, siaran TV dan Radio banyak menampilkan para ustaz-ustaz untuk bercakap mengenai puasa dan yang berkaitan dengannya seperti tarawih, fitrah dan lailatul-qadar.

Kebanyakan huraian mereka agak sama dengan tulisan dalam buku-buku dan serupa dengan yang diperkatakan pada tahun-tahun yang lepas. Amat kurang sentuhan yang amat tepat dengan amalan bid'ah dan khurafat dalam masyarakat Melayu.

Namun, menampilkan mereka ke dalam siaran TV dan Radio adalah lebih baik dari mengisi rancangan dengan slot-slot yang lagha lagi negatif. Justeru, bulan Ramadhan, dari suatu aspek, bolehlah dikatakan Bulan Ulamak.

Bila menjelang Syawwal, siaran TV dan Radio berubah cara. Ulamak pun sudah tiada tempat lagi. Dalam bulan ini, TV dan Radio menampilkan para artis dengan pelbagai program yang entah apa faedahnya. Hiburan, hiburan, hiburan. Hiburan tak bertapis dan tanpa panduan agama. Hiburan-hiburan beginilah hidangan untuk anak-anak kita. Justeru, bulan Syawwal, dari suatu aspek, bolehlah dikatakan Bulan Artis.

Rumusannya: Bulan Ramadhan Bulan Ulamak. Bulan Syawwal Bulan Artis. Atau, Bulan Ramadhan Bulan Mulia. Bulan Syawwal Bulan Hiburan. Amalan khurafat dan bid'ah yang ada terus berkekalan; dan akan bertambah dari semasa ke semasa.

5 comments:

ISA August 25, 2009 at 2:11 AM  

Salam Dr.

Ramadhan bulan ular dalam semak
Syawal bulan tempah tiket ahli neraka

Selalunya Ular dalam semak takda bisa dan takut keluar dari semak... nanti kena ngap...

Norawi August 25, 2009 at 4:20 AM  

Salam Dr.

Agak kurang juga diceritakan berkaitan jenayah remaja yang semakin meningkat yang berpunca dari rumah.Perlu dirisaukan kerana......

Guru August 25, 2009 at 7:14 AM  

setuju dengan ulasan Prof

Kakcik Seroja August 25, 2009 at 8:52 AM  

Entah bilalah keadaan begini akan berubah kan??? Anak2 yang disuruh berpuasa pun dimomokkan dengan ganjaran berpesta raya.. bukannya ganjaran yang dijanjikan Yang Maha Kuasa...

ntah laaa..... August 25, 2009 at 11:47 AM  

bulan pose bulan bola ...tak caya jom ke mapley malam minggu mkn ramai dr biasa...heheheh kat mapley tmpt den la... selobih aaee den rapu kek umah den la...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP