012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Muslim-Melayu Kemaruk Makan

>> 26.8.09

Sebelum ini saya tulis pasal Muslim-Melayu Mentaliti Rendah Ketika Ramadhan. Justeru, posting sebelumnya, lahir bid'ah dan khurafat bentuk baru iaitu Pasar Ramadhan.

Muslim-Melayu juga, apabila dalam bulan Ramadhan, kelihatan KEMARUK makanan. Awal petang lagi dah mula beli berbagai kuih-muih, minum-minuman dan lauk-pauk. Dari gaya membeli, seolah-olah mereka terlalu KEBULUR dan macam tak pernah jumpa makanan.

Sikap Kemaruk Dan Kebulur ini bukan untuk rumah masing-masing sahaja. Di surau-surau dan mesjid-mesjid juga begitu. Ada pula jadual MORE dan giliran bawa juadah. Sampai empat-lima kali dalam sebulan Ramadhan.

Dalam masyarakat Melayu, pada bulan Ramadhan memang tak ada hantu. Tapi, tempat hantu diambil-alih oleh bid'ah dan khurafat.

Majukanlah cara hidup yang Islamik. Usah ikuti adat Melayu yang Kemaruk lagi Kebulur itu!!!

6 comments:

ZOOL@TOD August 26, 2009 at 6:25 PM  

Silapnya kerana melayu banyak berpegang kepada adat berbanding agama. Ada pepatah "biar mati anak jangan mati adat".

NJ August 26, 2009 at 7:04 PM  

salam prof...

betul kata prof tu.. tapi bagi saya pasar ramadhan ni penting jgk bagi golongan yg bekerja, yg lauk pauknya selalu dibeli di kedai2 makan.. dgn adanya pasar ni, mudahlah bg mereka bagi mdapatkan bekalan utk bbuka dan bsahur...

apa2 pun, tidak tlambat rasanya saya mengucapkan selamat bpuasa kepada prof sekeluarga...

Dida... August 27, 2009 at 3:44 AM  

Salam Prof..

Betul2... berkata benar walaupun pahit... perbezaan ketara jika lihat suasana di tempat saya (Arab Saudi) juadah buka mereka hanya sebuku roti, tamar, laban (yogurt masam) dan gahwa (kopi arab) serta air zam zam... itu je setiap hari..

tp x tahu la nnti lepas terawikh mereka sambung makan benda lain pulak.. tp tak nmpak la pesta makanan yg meriah mcm dkt malaysia tu..

Pengasas August 27, 2009 at 2:19 PM  

Salam Zool@Tod,
Ada juga yg kata itu pepatah tak cerdik. Haiwan pun tak sanggup mati anak.

Pengasas August 27, 2009 at 2:23 PM  

W'Salam KpSpn,
Dalam 11 bulan yg lain tak susah pun?
Sepatutnya sikap suami yg berubah. Balik kerja kenalah masak. Isteri boleh tolong. Selama ni tidak, isteri yg memasak. Fahamilah, memasak itu bukan kewajipan isteri.

Pengasas August 27, 2009 at 2:25 PM  

W'Salam Dida,
Betul tu. Lepas tarawih mana ada makanan. Macam malam-malam lain juga. Saya teringat semasa berpuasa di negara Arab.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP