Sebok Berlagak Kerja
>> 8.8.09
Sayangnya, berjaga sorang diri sahaja. Kawan tak ada yang keluar. Itu mereka punya pasal. Saya, walaupun sorang, tetap meronda. Lagi banyak kali meronda. Rumah kawan yang tak turun pun saya ronda.
Lepas subuh, saya tidur sebentar. Jam 10.22 Sabtu, saya bangun dan tolong lagi. Maklum, jiran selang dua pintu sahaja. Pukul 2.00 petang, saya tidur semula. Letih, memang letih. Petang, dua orang cucu sampai. Malam, lagi dua cucu sampai.
Posting ini ditulis ketika tengah malam. Mata dah segar dan susah nak tidur.
7 comments:
Salam Dr.
Rukun Tetangga, ronda sorang-sorang kerana kawan tak turun. Saya pun biasa berjaga dari jam 12.00 tengah malam sehingga 4.30 pagi sorang-sorang.
Itulah perangai orang kita. Suka lepaskan tanggung jawab dan mengharapkan orang lain. Selagi orang kita bermentaliti begini, sampai kiamat pun tidak akan maju.
Salam Dr,
agaknya kawan Dr fikir tidur lagi baik.. Tapi, jgn nanti dah terantuk baru tengadah!
Saya pun, kalau dah terjaga di tghmlm atau dinihari...memang susah nak lelap balik...
Salam Dr.,
Harap Dr. dapat rehatkan diri dengan secukupnya supaya sihat. Bukan apa, nampak macam Dr. terlebih kerja, takut-takut badan tak tahan. Sekarang ni penyakit macam-macam.
Sekadar ingat-mengingati.
salam Dr...
Sibuknya tu... tapi bagus sungguh kenduri tu, masih mengamalkan gotong rotong bagi menyediakan makanan... di tempat saya ni dah tak jumpa lagi tradisi ni... semuanya dah diswastakan....
Apa2 pun Dr. kena juga jaga kesihatan... banyak sangat kerja2 tu..
berjaa sorang2 meronda... tak takut ke?
Salam,
kadangkala kita terlupa siapa kita,kadangkala kita dilekakan oleh kesibukan dunia sehingga terlupa tujuan sebenar kita,
kadangkala kita rasa amat kesunyian,
kadangkala kita jadi terlampau pilu,
kadangkala kita terlampau gembira,
kadangkala...
kita tak tahu apa nak komen kat blog kawan kita,huah huah huaa..
Salam untuk semua rakan:
MountDweller,
Orang-orang muda semangat hebat. Tapi tidur juga hebat. Usahkan berukun tetangga, qiyamullil sekejap pun susah.
KakCikSeroja,
Tidur adalah sebahagian dari ni'mat. Bukat senang nak mengorbankannya. Solat subuh pun selalu kalah.
Zool@Tod,
Terima kasih kerana mengingatkan. Itulah pesanan Allah.
KpSpn,
Cara gotong-royong zaman sekarang banyak umpat kejinya. Tak macam zaman dulu.
KLCitizen,
Meronda sorang-sorang memanglah takut. Tapi itu jadual dan tanggungjawab.
Ijoks,
Singgah pun ada manfaat. Terima kasih kerana sudi singgah.
Post a Comment