012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Ramadhan: Lelaki Dan Perempuan

>> 27.8.09

Puasa Ramadhan adalah ibadat yang mengukur kejujuran seseorang. Itu antara keistimewaannya berbanding solat dan ibadat-ibadat lain.

Puasa Ramadhan adalah ibadat yang amat mudah bagi golongan muslimat; dan ibadat yang amat berat bagi golongan lelaki. Itu sebab majoriti muslimat tidak meninggalkan puasa Ramadhan, kecuali uzur. Dan ramai lelaki yang tidak berpuasa Ramadhan atau berpura-pura berpuasa.

Justeru, jika anda memilih lelaki untuk dijadikan suami atau menantu maka pilihlah yang elok juga puasanya.

Solat Fardhu adalah ibadat yang mengukur kesetiaan seseorang. Itu antara keistimewaannya berbanding ibadat-ibadat lain.

Solat Fardhu adalah ibadat yang amat mudah bagi golongan lelaki; dan ibadat yang amat cerewet bagi golongan perempuan. Itu sebab majoriti lelaki melakukan solat dan ramai juga wanita yang malas untuk bersolat.

Justeru, jika anda memilih perempuan untuk dijadikan isteri atau menantu maka pilihlah yang elok juga solatnya.

Lelaki yang baik puasanya berkahwin dengan perempuan yang baik solatnya, maka rumahtangga mereka dihiasi dengan kejujuran dan kesetiaan.

3 comments:

ISA August 27, 2009 at 4:56 PM  

Salam Dr.

Satu tips yang baik dalam memilih jodoh. Tapi berjuta kali sayang..., dah melepas....

Dan berjuta kali peluang juga..., sebab ada 3 lagi kekosongan...

ha..ha..ha...

Pengasas August 27, 2009 at 5:21 PM  

W'Salam ISA,
Untuk mengisi 3 kekosongan pun, khabarnya, ada tips juga.
Yang ni saya belum "hatam".

zai August 28, 2009 at 9:20 AM  

Salam Prof..

Bagus N3 ini utk persediaan bagi mereka yg ingin berumahtangga tapi bagi yang dah berkahwin bagus juga krn masa untuk berubah utk menjadi insan yg lebih baik sudah tiba..

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP