012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Sistem Perubatan Bersepadu Tangani H1N1

>> 14.8.09

Semalam, separuh berterus-tarang, kerajaan mengakui tidak mampu memantau semua sekolah mengenai isu H1N1. Malah pada realitinya memang wabak ini bergerak bebas dalam negara sekarang ini.

Semalam juga, negara kita adalah juara wabak H1N1 di Asia dan ke 9 di dunia. Berita awal malam tadi mengukuhkan lagi kedudukan tersebut.

Sistem perubatan yang diterima-pakai oleh negara kita hanya perubatan Allopathy. Ramai orang menganggapnya sistem perubatan morden dan tercanggih di dunia. Justeru, kerajaan berusaha menjadikan negara kita sebagai negara pelancongan kesihatan dan perubatan.

Khabarnya, dalam bidang perubatan, negara kita cukup hebat. Kebanyakan hospital mempunyai kemudahan perubatan yang tercanggih di rantau ini. Khabarnya juga, pusat-pusat rawatan swasta lebih hebat dari hospital-hospital kerajaan. Hingga para pesakit merasa bangga kerana mendapat rawatan dari pusat-pusat tersebut.

Sedarkah kita, sebenarnya, negara kita kekurangan doktor? Dalam apa jua bidang. Sedarkah kita, sebenarnya, yang dikatakan kemudahan atau peralatan perubatan canggih itu bukanlah bidang perubatan? Semua peralatan canggih itu adalah bidang kejuruteraan. Justeru, wabak H1N1 tidak mampu ditangani.

Apa salahnya jika kerajaan menerima-pakai pelbagai sistem perubatan, bukan sekadar sistem allopathy sahaja? Buktinya, negara-negara mundur lagi miskin mampu menangani wabak tersebut dengan pelbagai sistem. Justeru, negara-negara mundur, miskin lagi kotor tidak mampu menjadi juara H1N1.

1 comments:

Pn Kartini August 15, 2009 at 8:03 AM  

Salam Doktor...
Memang agak membimbangkan..Bila berada di tangga ke-9 DUNIA..dan JUARA Asia..memang pihak Perubatan perlu buat sesuatu!!!
Yang rasa terkilannya masih lagi dibenarkan aktiviti hiburan..konsert2..atau apa2 lagi yg melibatkan keadaan 'crowded' dan yang pasti virus H1N1 pasti ada...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP