Impian Jadi Kenyataan?
>> 10.2.09
Petang tadi, sempat menanam 2 pokok pear dalam pasu supaya menjadi katik. Insya Allah, besok-lusa akan tanam beberapa pokok lagi, termasuk pokok-pokok epal, plum dan plout. (Lihat gambar di atas).
Di bawah ialah gambar-gambar pokok epal dan pokok pear katik yang menjadi rujukan. (Ia bukan milik saya). Namun, cara pengurusan, ramuan kesihatan dan penggalak buah kebanyakannya adalah hasil kajian sendiri. Cuma ada satu teori yang belum dibuktikan, iaitu merangsang setiap pokok supaya mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina sendiri secara serentak.
4 comments:
Salam Dr.
Subhanallah .. Allahuakbar
Saya berminat untuk memperolehi ilmu ini, tetapi saya kurang sabar. Kalo boleh hari ini tanam, esok boleh makan buah.
Payahler saya nak berkebun macam Dr.
Wa'alaikumussalam Mamamat,
Ilmu adalah milik Allah. DIA pula tak diskriminasi malah maha adil. Syarat, usaha. Insya Allah, bila-bila kita santai sambil muzakarah bab tanaman ni.
Salamz..
lama tak singgah sini..
seronoknya kalau saya ada pokok epal katik mcm tu.. mana nak dapat erk..?
Wa'alaikumussalam KiTTuN,
Saya semai sendiri pokok-pokok tu.
Insya Allah saya akan masukkan gambarnya.
Post a Comment