BandarMaya Sama Seperti Di Bumi
>> 18.2.09
Di alam maya, walau tanpa sempadan, saya kira boleh diumpamakan seperti di bumi juga. Ada kampung, ada pekan, ada bandar dan ada bandaraya. Semasa melayari internet dan singgah ke beberapa blog saya temui keadaan begitu. Ada blog kampung dan ada blog pekan.
Blog kampung memang simple. Ada yang hanya "View my complete profile" sahaja. Lain-lain tak ada. Mungkin peneroka kampung ni tak sabar, dia cabut lari. Blog pekan pula, kira ok laa. Dari aspek perniagaan, umpamanya, adalah yang dipasarkan. Adalah yang disajikan.
Selain itu banyak juga blog bertaraf bandar. Apa sahaja yang kita kehendakki ada di situ. "Macam-macam Adaa". Waktu akhir-akhir ini, muncul pula blog-blog kategori bandaraya. Lebih tepat, bandarmaya. Blog bandarmaya ini bukan sahaja semua ada, malah, semua serba kompleks. Dalam bandarmaya ini sesak dengan pelbagai. Kiri-kanan, atas-bawah, ada macam-macam. Ada ruang yang orang ramai tak boleh masuk. "Members Only". Malah, ada juga tempat orang ramai tak boleh cakap sembarangan. Cakap mesti ditapis dulu. Hhmmmm, bandarmaya pun macam di bumi juga.
2 comments:
Salam Dr..
Hmm..saya bersetuju benar dengan pandangan Dr.
Tajam betul pemerhatian Dr.
saya pun sedang mencari maya yang betul betul maya. Kalau betul maya itu ujud, mari lah kita berpindah ke sana.
Kalau maya itu tidak lah maya sebenar, rasanya teringin juga untuk cerita pasal pokok.
Post a Comment