012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Memperkasa Pohon Anggur

>> 5.2.09

Gambar atas ialah anak pohon anggur yang sudah stabil. Jika diurus dengan baik ia akan hidup subur dan boleh menghasilkan banyak buah. Cukup seronok!

Namun, percayakah anda bahawa pohon anggur begitu hidupnya tak lama. Selain itu, ia berhadapan dengan banyak masalah. Itu sebab, beberapa ladang anggur di Malaysia tidak berjaya. Hidup stabil hanya dua tiga tahun sahaja. Jika di Thailand tak lebih dari tujuh tahun. Kos pengurusan juga tinggi. Kalau nak jual buah sahaja, tak boleh untung.

Untuk menjadikan pohon anggur hidup subur, baik, berkualiti dan menjadi pohon kekal, berikutannya kos pengurusan rendah dan menguntungkan, anda perlu lakukan "pemerkasaan". Antara caranya ialah:

1. Pangkas anak pohon anggur tersebut hingga kontot seperti dalam gambar di bawah.
2. Suntik dengan hormon-hormon tertentu selepas dipangkas. Pastikan sukatan ppm yang tepat dan waktu yang sesuai.
3. Suntik dengan Vitamin B-Comp. + Vit. D + Antibiotik + Glukus + Racun kulat.
4. Pada waktu tertentu, taburkan ais-kiub di sekitar perdu pohon. Hanya 2 kali sahaja. Usah lakukan selalu, kecuali jika terpaksa. (Jika anda ragu, hubungi doktor anggur).

Anak pohon anggur yang sudah dipangkas petang semalam.

4 comments:

Gelombang Rakyat February 5, 2009 at 12:46 PM  

Ada ayat dari memerhati pohon Anggur yang diperkasakan dengan memperkasakan Rakyat Malaysia oleh pemimpin, parti, dan pakatan.

Betoi dak Dr Abdul Wahab Arbain..?

Anonymous,  February 6, 2009 at 2:32 AM  

ZiZi,
Benar. Kita mahukan yang berkualiti. Jika tidak, banyak masalah nanti.
Pokok-pokok perlu di-train, sama seperti manusia perlu di-educate.

Pengasas.

Gelombang Rakyat February 6, 2009 at 2:40 AM  

Dr Abdul Wahab Arbain,

Dalam suasana terkini, demikian pula pandangan Ustadz, maka saya mulakan dengan diri saya sendiri dahulu.

Semoga keuntungan dari-Nya, bagi saya melalui islah ini.

Jika bukan tepat istilah islah itu, maksud saya ialah continuous self improvement.

Itu saya nampak dalam pos perihal memperkasa pohon Anggur.

Walaupun catatan santai, saya nampak ianya turut menyentuh daerah syariat yang luas...

Pengasas February 6, 2009 at 8:47 AM  

ZiZi,
Pohon anggur yang tidak diperkasa sama seperti ADUN yang menjatuhkan pemerintahan PAS Trengganu suatu masa lampau, malah serupa dengan ADUN PKR yang menjatuhkan pemerintahan PR Perak hari ini.
Justeru, PAS belajar dari peristiwa masa lampau dan sayugia PKR belajar dari tragedi kini.
PAS ada tarbiyahnya dan patut PKR ada apa-apa programnya.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP