012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Wau, kembang semangkuk ...?

>> 14.1.11

Petang semalam hujan lebat. Angin kencang, kilat sabung menyabung dan petir sungguh menggerunkan. Hari ini, hujan lagi. Tapi tak selebat semalam.

Saya tak ke mana-mana. Lepak depan rumah sahaja. Isteri pula demam sepanjang hari. Lepas asar baru dia bangun. Hampir maghrib kami ke Kampus Puncak Alam ambil Fauzan. Lepas tu ke kedai tabib Cina beli kembang semangkuk. Wau, mahalnya. 100 gram, RM12.50 sen.

Malam ni nak minum air rebusan daun sup. Kemudian minum pula air kembang semangkuk bercampur biji selasih. Ha ha, orang muda yang kurang motivasi atau lemah wawasan, elok ikut petua pakcik ni.

8 comments:

sukaxplo January 14, 2011 at 11:24 PM  

salam tuan,
moga tuan dan isteri tuan sihat sentiasa..
kembang semangkuk untuk menyejukkan badan..betul ke tuan?

Pengasas January 14, 2011 at 11:38 PM  

W'salam JinKamen,
Terima kasih kerana mendoakan.
Yang tuan katakan itu menyamai petua orang dulu-dulu. Menyejukkan badan, hilangkan panasbaran, kuatkan semangat dan cerdaskan akal.

Unknown January 15, 2011 at 7:49 AM  

Salam dr. sayapun pernah dengar petua tu tapi tak pernah cuba lagi.

Werdah January 15, 2011 at 8:34 AM  

Assalamu'alaikum Dr

Lama sungguh tak minum air kembang semangkuk ni.. dulu-dulu bila demam arwah mak selalu berikan air ni...

Pengasas January 17, 2011 at 9:14 PM  

W'salam Ijoks,
Memang sedap airnya. Tapi kembang semangkuk dah naik harga.

Pengasas January 17, 2011 at 9:16 PM  

W'salam Werdah,
Saya minum air kembang semangkuk terus demam pulak ...? He he he.
Memang dah nak demam ...

Mamirzan July 12, 2011 at 1:16 PM  

Kalau nak benih kembang semangkuk ni ; pokoknya ada kat Sungai Congkat berhampirang dengan pokok dokong yang besar tu...

Mamirzan July 12, 2011 at 1:17 PM  

Kalau nak benih kembang semangkuk ni ; pokoknya ada kat Hitan Lipur Sungai Congkak berhampirang dengan pokok dokong yang besar tu...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP