Kenduri kawin
>> 28.7.11
kenduri pengantin. Dan malam tadi sembang perkara
yang sama dengan kawan yang lain pula.
Mereka ingin kepastian adakah saya benar-benar tidak
akan mengadakan kenduri kawin anak saya selepas raya
nanti. (Posting berkenaan).
Jawaban saya ialah: Benar. Tak ada kenduri.
Kenduri bukanlah syarat ataupun rukun dalam sesuatu
perkahwinan. Islam hanya tuntut dua saksi sebagai satu
dari rukun-rukun kahwin. Apakah tuntutan itu tidak
mencukupi atau tidak sempurna? Adakah tuntutan itu
tidak hebat atau tidak sesuai?
Akhir perbualan, mereka kata:
Kalau begitu, mudahlah. Selamatlah saving!
Yes, memang mudah kalau kita ikut pesanan Rasulullah
yang bermaksud: Permudahkan urusan perkahwinan ...
Saving, jika ada, boleh biaya pengantin memulakan
penghidupan baru mereka.
Awas!!! Ini mazhab Wahabi???
5 comments:
Salamm...
Setuju... Insyaallah saya pun akan ikut macam tu juga...
W'salam MM,
Tidak mudharat meninggalkan adat Melayu; dan tidak sesat mengikut panduan Khaliq.
wahabi sederhana...
Saya sokong dan akan amalkan pendekatan wahabi yang ni. Bukan utk sendiri - bila anak kahwin nanti
Dr. Fisol,
Anak kita yang baru kawin memerlukan banyak perkara yg melibatkan kewangan. Siapa yg nak tolong dia jika bukan kita?
Post a Comment