Prihal Profesor Pencen ...? Kaaahhhhh, kah kah
>> 31.1.12
"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.
"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.
Dr Aziz hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.
Menjawab pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Aziz berkata, beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.
"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.
Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu."
Di sini ...
Berkaitan ...
2 comments:
Lawak betoi. Adeke universiti boleh bagi dan tarik? Profesor bukan macam datuk atau tan sri etc. Raja boleh tarik gelaran itu kalau ada kes.
Salam Dr. Yong,
Saya sendiri masih selalu disebut sebagai prof. Padahal dah lebih 10 tahun pencen ...
Post a Comment