Subuh-subuh sudah di kebun
>> 18.1.12
sampai di kebun. Wow, tak terlalu awal ke tu. Semangat
berkubar-kubar.
Saya bergerak dari rumah jam 9.00. Singgah di IPD Kuala
Selangor ambil borang bantuan untuk bekas HG masa negara
dalam darurat dulu.
Kemudian, singgah di pejabat tanah. Bayar cukai kebun dan
ambil geran baru.
Sampai di kebun jam 12.22 tengahari.
Idea buat chalet di kebun mendapat sambutan dari beberapa
kawan. Hari ini tadi masih ada yang tanya mengenainya.
Jawapannya senang jer.
Chalet tu sebagai tempat rehat dan menginap. Masak-masak
cara zaman dulu. Guna periuk dan belanga yang diperbuat
dari tanah liat. Memasak guna kayu atau arang.
Makanan diletak atas daun pisang. Tumbuk sambal dalam
lesung kayu. Lauk ayam kampung dan ulam-ulam rimba.
Dan .... dan ..... dan ..... Fulamak ....
12 comments:
Salam Dr;
Bersemangat benor kawan doktor tu, itu mesti sesudah subuh dah terpacak kat kebun... ke ada bini baru di kebun.. hahahaha...
W'salam ISA,
Begitulah pengaruh mesyin rumput baru dan jenama baik punya ... Berbaloi harga beribu ...
Nak tumpang sikit semangat Dr tu. Dalam dunia serba kompleks ni sesekali baik back to basic.
Salam hormat Tn Dr,
Tok memang sokong sangat idea yang sangat bagus tu.
Wak ambil kesempatan ucap terima kasih yang tak terhingga pada tuan Dr kerana sudi list kan 'wak labu' dalam blog list tuan.
Salam Prof.,
Semoga segala yang dirancang dan dilaksanakan, dipermudahkan oleh Allah..
Salam Prof,
Apa kelas guna mesin rumput kawan prof tu, guna sabit dgn parang baru real!
Sedap tu kalau berkelah kat pondok makan stail kampong dedulu prof!
W'salam Dr. Fisol,
Elok juga rasa cara lama. Boleh faham bagaimana keadaan orang dulu-dulu ...
W'salam TokGajah,
Terima kasih kerana ziarah dan sokongan. Berehat di kebun sambil keluarkan peluh ...
Salam WakLabu,
Terima kasih kembali. Terima kasih kerana ziarah serta beri semangat ...
W'salam Jamiri,
Terima kasih kerana doa dan sokongan ...
Bagaimana dengan taman epal Jamiri. Ceritakanlah pada kita orang ni ...
W'salam Halima,
Betul tu. Cuma, kalau dengan parang takut bahu yang putus bukannya rumput ...
Insya Allah, bila siap chalet tu boleh datang rehat-rehat sambil menikmati suasana kebun. Percuma, tak ada bayaran pun ...
Post a Comment