Nasib Baik Ramai Anak
>> 29.9.12
saya memulas-mulas sakit. Bangun ke bilik air dan melabur.
Selesai itu, perut masih sakit. Rasa amat luar biasa. Kejutkan
isteri untuk hantarkan saya ke hospital. Saya dah terbaring
kesakitan dan menggigil kesejukan. Beberapa ketika kemudian
sakit mula berkurangan dan rancangan ke hospital dibatalkan.
Tertidur amat nyenyak. Sedar-sedar dah jam 5.57.
10.15, Dr. Fisol datang dan borak-borak mengenai hobi kami
dalam bidang tanam-menanam. Dia juga bawa buah tangan berupa
pucuk janggus dan anak pokok Putat Nasi.
Pukul 2.00 petang, sepatutnya saya, bersama isteri, Farid
dan Wah ke Kuala Kangsar. Tapi, saya masih letih dan terpaksa
berehat di rumah. Malam ini saya ditemani oleh Dzul dan isteri-
nya Nur Hidayah (menantu kami). Ashraf kerja malam.
Nasib baik ramai anak.
Adapun Anis ada tugas di India sejak Khamis.
Khabarnya, akan selesai pada hari Ahad.
0 comments:
Post a Comment