Hantar Fawzan Ke KLIA
>> 18.7.08
Semalam petang, tepat jam 7.00 bergerak ke KLIA hantar Fawzan. Di sana cikgu bahasa Jepun dia ada. Wakil kedutaan Jepun ada. Anis & Lily, Farid & Nani serta anak-anak pun ada. Jam 10.45, bila dah serah Fawzan pada pengiring MAS (sebab Fawzan bawah umur), saya ucap terima kasih secara khusus pada pengiring itu. "Memang dah tugas saya pakcik!", katanya. "Tugas tu perkara lain. Khidmat awak yang pakcik hargai sangat-sangat".
Mengikut jadual, insya ALLAH, pukul 7.40 pagi 18 Julai Fawzan akan sampai di Tokyo. Semoga selamat dan berjaya dengan cemerlang. Emaknya sebak pasal anak bawah umur ke luar negara sorang diri.
Mengikut jadual, insya ALLAH, pukul 7.40 pagi 18 Julai Fawzan akan sampai di Tokyo. Semoga selamat dan berjaya dengan cemerlang. Emaknya sebak pasal anak bawah umur ke luar negara sorang diri.
0 comments:
Post a Comment