012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Tok Penghulu Dan YB.

>> 17.7.08

Semalam, Rabu. Pukul 9.40 ke pejabat Tok Penghulu untuk pengesahan borang Fawzan bagi mendapatkan bantuan kewangan pendidikan dari Petronas. Petronas tawarkan RM1,500.00 bagi setahun. Boleh tahan tu. AlhamdulilLAH!!!

Keluar dari pejabat penghulu terus ke pejabat MP Kapar. Saja nak tinjau. Sampai di sana, ramai orang bersama anak-anak. Semua keturunan India dan semua urusan pendidikan anak-anak. Setiausaha MP mungkin orang Pineng, bermini-telekong. Sibuk talipon ke merata-rata, mungkin termasuk ke YB di parlimen. Bukan apa, pasal nak tolong rakyat yang memerlukan. Saya daftar di buku pelawat dan terus keluar.

Dari pejabat MP Kapar terus pergi kawasan Meru dan singgah di pejabat DUN. Di pejabat ini juga ramai orang. Kebanyakannya Melayu dan ada juga beberapa orang India. Orang-orang muda banyak yang minta sokongan atau pengesahan borang kerja. Ada borang baru memohon dan ada juga borang dah dapat kerja. Yang lain, semua pasal pendidikan anak-anak. Ada yang nak mohon bantuan zakat, ada yang nak mohon apa-apa bantuan dari sesiapa dan ada juga yang nak mohon biasiswa. Pendek kata, di pejabat ini (semasa saya berada) ialah masalah bantuan pendidikan dan pekerjaan orang-orang muda. Bila azan zuhur berkumandang, saya bagi salam dan balik ke rumah.

Di rumah, kena giliran jaga cucu. Isteri keluar dengan Fawzan. Ceritanya nak cari duit Jepun. Banklah jawabnya. Lewat petang, saya dah tak sempat nak ke kebun. Maksudnya, dah empat hari saya tak ke sana.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP